16 Mei 2019 Analisis Sesi Pagi
Fed memberi amaran ke atas kelonggaran dasar.
Dolar AS telah didagang secara mendatar susulan dengan isyarat yang bercampuran di dalam pasaran dari pegawai Bank Pusat AS (Fed) dan data ekonomi serantau. Semalaman, Presiden AS Donald Trump menyeru Fed untuk “menanding” dasar kewangan mereka dengan China bagi mengimbangi impak negatif ke atas ekonomi akibat daripada tarif barunya. Walaubagaimanapun, beberapa pegawai Fed memberi amaran bahawa penurunan kadar faedah akan menyebabkan gelembung harga aset, ketidakstabilan kewangan dan membawa kepada kemelesetan. Di dalam ucapan yang berlainan, Presiden New York Fed John William menegaskan bahawa tarif akan membawa kepada tekanan inflasi yang lebih tinggi dan ini telah menurunkan kebarangkalian pemotongan kadar. Secara keseluruhannya, peningkatan pada dolar adalah terhad selepas Core Retail Sales dan Retail Sales tersasar daripada ramalan dengan bacaan sebenar hanya 0.1% dan -0.2% masing-masing. Bacaan lemah ini mencadangkan perbelanjaan pengguna yang lebih rendah dan ia boleh mendorong kepada penyusutan perkembangan ekonomi. Sementara itu, pasangan GBP/USD mencatat kerugian sebanyak 0.03% ke 1.2845. Sterling telah melanjutkan kerugiannya semenjak semalam selepas Parti Buruh memberi amaran bahawa rundingan diantara parti bakal dibatalkan dan ini akan membawa kepada risiko Brexit yang lebih tinggi.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.11% ke $62.16 setong. Harga minyak telah melanjutkan kenaikannya selepas kekhuatiran pasaran terhadap kekurangan stok akibat daripada serangan ke atas Arab Saudi menyelubungi laporan stok minyak di AS yang negatif. Selain itu, harga emas didagang secara mendatar berhampiran $1,297.01 se troy auns akibat daripada dolar yang lebih kukuh yang diimbangi oleh risiko pasaran yang lebih tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – Trade Balance (Mar) | 17.9B | 19.9B | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Apr) | 1.288M | 1.290M | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 228K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) | 8.5 | 10.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.65, 97.95
Tahap sokongan: 97.30, 96.85

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.2900. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.2790.
Tahap rintangan: 1.2900, 1.3015
Tahap sokongan: 1.2790, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 1.1220.
Tahap rintangan: 1.1220, 1.1250
Tahap sokongan: 1.1200, 1.1155

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 109.40. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 109.40.
Tahap rintangan: 109.80, 110.10
Tahap sokongan: 109.40, 109.15

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan paras bawah saluran.
Tahap rintangan: 0.6955, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6915, 0.6860

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6570. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6570, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3490.
Tahap rintangan: 1.3490, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3400

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0110
Tahap sokongan: 1.0055, 1.0040

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 62.40, 63.00
Tahap sokongan: 61.50, 60.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1295.65.
Tahap rintangan: 1302.50, 1311.40
Tahap sokongan: 1295.65, 1285.80