83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Sterling ditekan oleh risiko Brexit.

Pound sterling masih berlegar di paras rendahnya berbanding dengan dolar AS berikutan dengan risiko Brexit di rantau tersebut. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.02% ke 1.2513. Sterling masih ditekan selepas para pelabur khuatir akan prospek pelantikan Boris Johnson sebagai perdana menteri yang baru di UK. Boris Johnson mempunyai pendirian Brexit yang lebih “keras” apabila dibandingkan dengan calon yang lain. Terdahulu, Boris mengulas bahawa beliau akan melaksanakan Brexit pada tarikh akhir 31hb Oktober tidak kira apa jua keputusannya. Ulasan beliau telah meningkatkan kemungkinan untuk berlakunya Brexit “keras” di UK. Selain itu, data ekonomi yang suram serta isyarat Bank Pusat England untuk memotong kadar faedah telah menurunkan optimisme para pelabur terhadap rantau tersebut. Sementara itu, pasangan AUD/USD susut sebanyak 0.06% ke paras 0.7035. Dolar Australia masih berlegar di paras tinggi seminggu selepas ia menerima sokongan bullish susulan dengan pembebasan data ekonomi dari China pada semalam. Namun, keuntungan yang dialaminya adalah terhad berikutan dengan risiko perang perdagangan diantara AS dan China yang masih berlegar.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.17% ke $59.38 setong. Namun, sentimen para pelabur terhadap komoditi ini adalah masih suram selepas pembekal minyak di sepanjang perairan Mexico memulihkan semula pembekalan minyak selepas ia dilanda oleh ribut taufan Barry pada hari mingguan yang lepas. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.02% ke $1,413.76 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai perkembangan ekonomi AS bagi tempoh masa yang terdekat. Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

20.00                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

01.00 (17hb)        USD                           Fed Chair Powell Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) 3.1% 3.1%
16.30 GBP – Claimant Count Change (Jun) 23.2K 18.9K
16.30 GBP – Unemployment Rate (May) 3.8% 3.8%
17.00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) -21.1 -22.1
20.30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) 0.5% 0.1%
20.30 USD – Retail Sales (MoM) (Jun) 0.5% 0.1%
04.30(17hb)                 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -8.129M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 20 (merah) dan 50 (biru) MA. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan selepas ia menutup niaga di atas kedua-dua garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.35
Tahap sokongan: 96.50, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2500. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.2500.

 

Tahap rintangan: 1.2575, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2435

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke paras bawah saluran di 1.1245.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 107.75. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 108.20.

 

Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.75, 107.40

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.7030. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.7055.

 

Tahap rintangan: 0.7055, 0.7090
Tahap sokongan: 0.7030, 0.7000

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6725. MACD yang memaparkan bias menaik mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.6725.

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6780
Tahap sokongan: 0.6660, 0.6600

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3050. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan di 1.3050.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2990, 1.2900

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.9840. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9885.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9925
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 60.35.

 

Tahap rintangan: 60.35, 61.30
Tahap sokongan: 58.60, 57.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, lantunan atau pemecahan dari garisan 20-MA (merah) adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1424.05, 1436.35
Tahap sokongan: 1403.00, 1383.60