83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Ogos 2017                      Analisis Harian

 

Para pelabur menunggu pembebasan minit FOMC.

                Dolar A.S. merosot sedikit semasa sesi dagangan Asia pada hari Rabu sementara para pelabur menunggu pembebasan minit mesyuarat FOMC untuk petunjuk selanjutnya mengenai tempoh kenaikan kadar faedah. Semalaman, dolar A.S. ditawarkan dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang yang lain selepas ia disokong oleh data jualan runcit yang optimistik. Data tersebut memberikan isyarat untuk pemulihan dari segi perbelanjaan pengguna sambil menyokong jangkaan bagi pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk separuh tahun kedua. Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengatakan bahawa jualan runcit bagi bulan Julai telah meningkat sebanyak 0.6% sambil mencatat peningkatan terbesar sejak tujuh bulan yang lalu. Ramalan ekonomis adalah hanya 0.4%. Bagi rantau yang lain, pound sterling berlegar berhampiran paras rendah lima minggu di $1.2866 selepas bacaan inflasi negara menurunkan jangkaan untuk kenaikan kadar bagi jangka masa yang terdekat. Menurut kepada Pejabat Statistik Kebangsaan, harga pengguna meningkat sebanyak 2.6% bagi bulan Julai, tersasar daripada ramalan sebanyak 2.7% selepas harga bahan api yang rendah diimbangi oleh harga pakaian, utiliti dan makanan yang lebih tinggi.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugian terdahulu sebanyak 0.32% ke $47.70 selepas American Petroleum Institute melaporkan penurunan pada stok minyak sementara stok petrol meningkat sedikit. Sebaliknya, harga emas meneruskan kerugiannya sebanyak 0.12% ke $1,272.14 berikutan dengan inisiatif Korea Utara untuk menangguhkan serangan mereka ke atas Wilayah A.S. Guam.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

02:00                     USD                                        FOMC Meeting Minutes

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun) 1.8% 1.8%
16:30 GBP – Claimant Count Change (Jul) 5.9K 3.7K
17:00 EUR – GDP (QoQ) (Q2) 0.6% 0.6%
20:30 USD – Building Permits (Jul) 1.275M 1.250M
20:30 USD – Housing Starts (Jul) 1.215M 1.220M
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -6.451M -3.058M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD memangkas kerugiannya selepas ia melantun dari tahap rintangan 1.2850. Pergerakan harga sebegini mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Walaubagaimanapun, arah aliran jangka panjang masih cenderung kepada bias menurun.

 

Tahap rintangan: 1.2900, 1.2950

Tahap sokongan: 1.2850, 1.2790

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia melantun berhampiran tahap sokongan yang kukuh iaitu 1.1720. Penunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke arah 1.1780.

 

Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840

Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas kedua-dua garisan moving average. Penunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan USDJPY untuk meneruskan keuntungannya ke arah tahap rintangan 110.90.

 

Tahap rintangan: 110.90, 111.60

Tahap sokongan: 110.10, 109.40

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap psikologi 47.00. Pergerakan harga sebegini mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap rintangan 48.00.

 

Tahap rintangan: 48.00, 48.55

Tahap sokongan: 47.45, 47.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan stabil berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1271.90. Pergerakan harga tersebut mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Walaubagaimanapun, pemecahan dari tahap 1271.90 akan mencadangkan lanjutan pada aliran menurunnya.

 

Tahap rintangan: 1282.00, 1292.05

Tahap sokongan: 1271.90, 1265.50