83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Ogos 2022                      Analisis Sesi Petang

 

Aussie melantun berikutan minit mesyuarat RBA dibebaskan.

Dolar Australia, yang dikenali secara meluas sebagai Aussie, melantun semula selepas jatuh dengan ketara semalam di tengah-tengah pengumuman minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA). Dalam minit mesyuarat, pegawai RBA telah membincangkan tentang paras inflasi di Australia, di mana mereka menyatakan bahawa inflasi dalam negara kini tinggi dan jauh melebihi sasaran. Faktor utama yang menyebabkan inflasi melangit adalah disebabkan gangguan hubungan Covid-19 terhadap rantaian bekalan dan perang di Ukraine. Bagaimanapun, ahli mendedahkan bahawa mereka menjangkakan inflasi akan memuncak pada tahun 2022 dan akan mula menurun kembali ke julat antara 2% – 3% menjelang akhir tahun 2024. Di hadapan pasaran buruh, pasaran pekerjaan Australia berkembang dengan kukuh dan kadar pengangguran berada pada paras terendah dalam tempoh hampir 50 tahun. Namun begitu, dasar monetari masih akan ditentukan oleh data ekonomi yang akan datang serta prospek ekonomi. Ahli-ahli RBA masih komited untuk menurunkan inflasi kepada sasaran jangka panjang iaitu 2% hingga 3% dari semasa ke semasa. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.17% ke 0.7035.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.14% ke $89.40 setong, tetapi masih berlarutan menghampiri paras rendah baru-baru ini di tengah-tengah kebimbangan pasaran yang semakin meningkat terhadap permintaan China. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.15% kepada $1782.00 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun) 6.20% 4.50%
14:00 GBP – Claimant Count Change (Jul) -20.0K
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Aug) -53.8 -52.7
20:30 USD – Building Permits (Jul) 1.696M 1.640M
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jul) 0.30%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah garisan aliran menaik sebelumnya. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 107.15.

 

Tahap rintangan: 107.15, 107.60

Tahap sokongan: 106.10, 105.15

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.2175, 1.2355

Tahap sokongan: 1.2035, 1.1900

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0370

Tahap sokongan: 1.0155, 1.0075

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 133.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan.

 

 

Tahap rintangan: 135.25, 136.65

Tahap sokongan: 133.15, 131.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.7115. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6985.

 

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7220

Tahap sokongan: 0.6985, 0.6860

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6360. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6360, 0.6245

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2925. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2730

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9520.

 

 

Tahap rintangan: 0.9520, 0.9590

Tahap sokongan: 0.9450, 0.9350

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 87.30. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 89.70, 93.15

Tahap sokongan: 87.30, 82.70

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1770.05. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1783.20, 1808.15

Tahap sokongan: 1770.05, 1729.25