16 Oktober 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar meningkat walaupun dengan data yang suram.
Indeks dolar telah mengukuhkan harganya berbanding dengan enam pasangan wang utama walaupun dengan bacaan data Retail Sales pada hari semalam yang telah mewujudkan sentimen yang negatif. Data tersebut telah meningkat sebanyak 0.1% pada bulan lepas tetapi ahli ekonomi telah menjangka sebanyak 0.7% untuk data Retail Sales. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.09% ke 94.80 semasa penulisan. Dolar AS telah didagang dengan lebih banyak akibat ekuiti yang lemah dan pasaran global yang lebih berisiko seperti yang dijangka. Di samping itu, ahli ekonomi juga menyatakan bahawa para pelabur masih beryakin terhadap dolar kerana perbelanjaan pengguna akan meningkat pada suku tahun seterusnya. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.05% ke 1.3145 di tengah-tengah perjanjian Brexit masih belum dicapai akibat isu sempadan Iris. Tambahan pula, para pelabur masih menunggu pembebasan data Average Earnings Indeks and Bonus sebelum memasuki pasaran kerana kebimbangan terhadap data yang suram akan melanjutkan momentum bearish paun sterling.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.35% ke $71.90 di tengah-tengah isyarat bahawa minyak eksport Iran telah diketatkan sejak bulan September sementara menjelang sekatan Iran yang akan dilaksanakan pada awal November. Minyak eksport dari Iran telah mengurang dari 1.6 milion ke 1.33 milion tong sehari dalam dua minggu pertama bulan Oktober. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.10% ke $1225.50 selepas mencapai paras tinggi 11 minggu sementara dolar melantun.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) | 2.6% | 2.6% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | 8.7K | 4.5K | – |
| 16:30 | GBP – Unemployment Rate (Aug) | 4.0% | 4.0% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) | -10.6 | -12.3 | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Aug) | 6.939M | 6.945M | – |
| 04:30 (17hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 9.750M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 94.60. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 95.00
Tahap rintangan: 95.00, 95.50
Tahap sokongan: 94.60, 94.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3165. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3165.
Tahap rintangan: 1.3165, 1.3250
Tahap sokongan: 1.3125, 1.3035

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1605. MACD yang memaparkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1545.
Tahap rintangan: 1.1605, 1.1665
Tahap sokongan: 1.1545, 1.1525

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 112.05. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 112.25.
Tahap rintangan: 112.25, 112.50
Tahap sokongan: 112.05, 111.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7140. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.7105.
Tahap rintangan: 0.7140, 0.7190
Tahap sokongan: 0.7105, 0.7060

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6590. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.6545.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6605
Tahap sokongan: 0.6545, 0.6530

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2965. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.2965.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2965, 1.2940

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9860. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 0.9905.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9945
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9755

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 71.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 72.40.
Tahap rintangan: 72.40, 73.30
Tahap sokongan: 71.00, 69.50

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1228.75. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah sokongan 1217.05 untuk jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 1228.75, 1233.10
Tahap sokongan: 1217.05, 1208.95