16 Oktober 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar jatuh berikutan dengan optimistik dalam perdagangan memudar.
Indeks dolar telah jatuh berbanding sekumpulan enam pasangan utama susulan dengan keyakinan terhadap rundingan perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi terbesar telah pudar. Walaupun pasaran pada mulanya bersorak kepada perjanjian perdagangan “Fasa 1” antara U.S dan China, tindak balas positif tersebut telah pudar kerana kekurangan butiran yang jelas telah menyebabkan para pelabur kekal berhati-hati. Menurut kepada laporan, China meminta untuk mesyuarat peringkat tinggi selanjutnya pada akhir Oktober untuk memuktamadkan butiran sebelum Perdana Menteri China Xi Jinping bersetuju untuk menandatanganinya. Berdasarkan dengan perjanjian perdagangan yang masih tidak menentu sekarang, para pelabur telah berdagang dengan selamat dan mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran selamat sambil menunggu isyarat yang lanjut. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menurun sebanyak 0.03% kepada 97.96 manakala USD / JPY telah jatuh sebanyak 0.15% kepada 108.68.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.04% kepada $ 52.95 setong berikutan dengan isyarat dari OPEC dan sekutu-sekutunya untuk mengurangkan bekalan. Menurut kepada laporan, Setiausaha Agung OPEC Mohammad Barkindo telah menyatakan bahawa OPEC dan pengeluar bersekutunya “akan melakukan apa saja dalam kuasanya” untuk mengekalkan kestabilan pasaran minyak di luar 2020, justerunya ini telah meningkatkan harga komoditi ini. Sebaliknya, harga emas kekal mengalami tekanan dan menyusut sebanyak 0.08% kepada $ 1482.69 se troy auns berikutan dengan selera risiko yang lebih tinggi dalam Wall Street.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY)(Sep) | 1.7% | 1.8% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY)(Sep) | 1.0% | 0.9% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM)(Sep) | 0.0% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM)(Sep) | 0.4% | 0.3% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM)(Sep) | -0.1% | – | – |
| 04:30
(17th) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 4.100M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengna lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.35. Namun, kekurangan momentum dan arah yang jelas dari MACD mencadangkan pasangan ini untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 98.35, 98.85
Tahap sokongan: 97.70, 97.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2785. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2685.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2860
Tahap sokongan: 1.2685, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.1020. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1075, 1.1155
Tahap sokongan: 1.1020, 1.0965

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 108.45.
Tahap rintangan: 109.20, 110.65
Tahap sokongan: 108.45, 107.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6745. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6690.
Tahap rintangan: 0.6745, 0.6805
Tahap sokongan: 0.6690, 0.6635

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6270. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6325, 0.6355
Tahap sokongan: 0.6270, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3185. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3235.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3300
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3135

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9980. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0095
Tahap sokongan: 0.9975, 0.9915

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 54.80. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 51.45.
Tahap rintangan: 54.80, 58.35
Tahap sokongan: 51.45, 48.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1487.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1487.35, 1514.60
Tahap sokongan: 1455.85, 1413.85