17 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar dan pound sterling kekal berayun.
Indeks dolar telah didagang dengan rata berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas ia mencecah paras tinggi 95.75 sementara para pelabur menunggu data penting yang akan diumumkan pada lewat hari ini termasuk Philadelphia Fed Manufacturing Indeks dan New Home Sales data. Bacaan yang lebih tinggi akan mendorong kepada kenaikan dolar sambil memaparkan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan. Berikutan dengan pengumuman data, para pelabur juga akan menumpukan perhatian mereka kepada isu penutupan kerajaan di AS buat hari ke-26 sementara menunggu sebarang berita atau kemajuan mengenainya. Walaupun Presiden AS Donald Trump telah menandatangani rang undang-undang yang menjamin pembayaran kepada para pekerja kerajaan yang dipecat semasa penutupan kerajaan separa, namun tempoh penutupan kerajaan AS yang paling lama bermula untuk melembapkan pertumbuhan ekonomi dan berkemungkinan untuk menyebabkan ekonomi AS untuk menghadapi penguncupan. Indeks dolar telah menaik sebanyak 0.05% ke 95.70 semasa penulisan. Selain itu, pasangan GBP/USD telah menurun sebanyak 0.04% ke 1.2875 selepas Perdana Menteri UK Theresa May terselamat daripada undian tanpa keyakinan terhadapnya. Untuk setakat ini, Ahli Parlimen Labour sedang mendesak Jeremy Corbyn untuk mencadangkan referendum kedua di mana mereka menentang untuk membuat undian Brexit sekali lagi.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.52% ke $52.05 setong meskipun data EIA Crude Oil Inventories menunjukkan penurunan inventori yang lebih tinggi daripada jangkaan di AS. Penurunan harga minyak mentah semasa sesi dagangan Asia adalah disebabkan oleh laporan EIA mengenai pembuatan minyak di AS yang mencecah paras tertinggi sebanyak 11.9 juta tong sehari pada minggu lepas. Di samping itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.16% ke $1291.30 se troy auns di tengah-tengah kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:45 USD FOMC Member Quarles Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Dec) | 1.6% | 1.6% | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Dec) | 1.328M | 1.290M | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 216K | 219K | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan) | 9.4 | 9.7 | – |
| 21:30 | USD – Philly Fed Employment (Jan) | 19.1 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 95.75. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 95.75, 96.10
Tahap sokongan: 95.20, 94.85

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2885. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.2820.
Tahap rintangan: 1.2885, 1.2965
Tahap sokongan: 1.2820, 1.2715

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1435. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1375.
Tahap rintangan: 1.1435, 1.1495
Tahap sokongan: 1.1375, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.55. MACD yang memaparkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 109.10.
Tahap rintangan: 109.10, 109.65
Tahap sokongan: 108.55, 107.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari paras rendah saluran sisi di 0.7180. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7140.
Tahap rintangan: 0.7180, 0.7230
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji pada tahap sokongan di 0.6760. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan di 0.6760.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6740

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendah saluran sisi. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3285.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3195

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9900. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 0.9900.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9900, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari paras tinggi saluran tersebut. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pengunduran atau pemecahan dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 52.75, 54.70
Tahap sokongan: 50.65, 49.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1295.15. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1286.90.
Tahap rintangan: 1295.15, 1300.90
Tahap sokongan: 1286.90, 1277.10