83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Euro melonjak, dolar diselubungi dengan skandal.

                Dolar A.S. telah meneruskan kerugiannya pada hari Rabu berikutan dengan keadaan politik di Amerika Syarikat yang telah menjejaskan prospek untuk potongan cukai dan perbelanjaan fiskal yang lebih tinggi. Dari laporan yang telah dibebaskan pada semalam, Washington Post melaporkan bahawa Presiden Donald Trump berkemungkinan telah berkongsi maklumat sulit kepada diplomat dari Rusia. Laporan tersebut dilepaskan selepas Pengarah FBI James Comey telah dipecat secara tiba-tiba pada beberapa ketika lalu dan ia telah meningkatkan keraguan terhadap Trump dalam meluluskan pelan rangsangan ekonomi beliau. Di samping itu, data perumahan dari Amerika Syarikat telah menunjukan kelembapan dalam prestasinya dan ia berkemungkinan untuk menjejaskan pelan kenaikan kadar faedah yang seterusnya oleh Bank Pusat A.S. Oleh itu, indeks dolar susut sebanyak 0.72% dan disebut niaga pada 98.10. Di rantau Eropah, mata wang utamanya telah melonjak sebanyak 0.86% ke $1.1068 pad awal hari ini. Permintaan untuk Euro melonjak selepas para pelabur mengalihkan tumpuan kepada Bank Pusat Eropah dan pandangan mereka terhadap dasar kewangan memandangkan keadaan ekonomi di EU bertambah baik.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah bertukar arah aliran sambil menurun sebanyak 1.03% ke $48.15 selepas anggaran inventori minyak mentah di A.S. menunjukan peningkatan. Menurut kepada American Petroleum Institute, paras inventori di A.S. telah meningkat sebanyak 882,000 tong, tersasar daripada jangkaan untuk menurun sebanyak 2.3 juta tong. Walau bagaimanapun, harga emas meneruskan kenaikannya untuk hari keempat selepas ia meningkat sebanyak 0.52% ke $1,241.40 selepas para pelabur menghindari risiko politik di Amerika Syarikat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD – PPI Input (QoQ) (Q1) 1.0% 0.8%
09:30 AUD – Wage Price Index (QoQ) (Q1) 0.5% 0.5% 1.9%
16:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Mar) 2.3% 2.4%
16:30 GBP – Claimant Count Change (Apr) 25.5K 7.5K
17:00 EUR – CPI (YoY) (Apr) 1.9% 1.9%
20:30 CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Mar) -0.2% 0.4%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -5.247M -2.360M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menaik dan kini sedang menguji di paras atas segi tiga tersebut. Pengunduran dari tahap ini akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2930, 1.2955, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2910, 1.2890

 

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas saluran menaik, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menaik, ia dicadangkan untuk menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1.1145.

 

Tahap rintangan: 1.1145, 1.1250

Tahap sokongan: 1.0975, 1.0850

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap Fibonacci 23.6 di 112.90. Oleh kerana MACD histogram masih memaparkan isyarat menurun dan kedua-dua garisan MA masih menyempit ke bawah, USDJPY dijangka untuk melanjutkan momentum menurunnya ke sasaran tahap sokongan di 112.00

 

Tahap rintangan: 112.90, 114.35

Tahap sokongan: 112.00, 111.25

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 20-moving average (merah). MACD histogram telah mula memaparkan isyarat menurun mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 47.55.

 

Tahap rintangan: 48.75, 49.90

Tahap sokongan: 47.55, 46.10

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan kukuh di 1233.30 sebelum ini. Petunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menaik dan kedua-dua garisan MA yang telah membentuk silang emas mencadangkan harga emas untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1245.15.

 

Tahap rintangan: 1245.15, 1254.75

Tahap sokongan: 1233.30, 1214.15