83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Mei 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Kiwi ditekan oleh data negatif, Yen meningkat.

Dolar New Zealand telah menokok sebanyak 0.06% ke 0.6535 selepas ia ditekan oleh data PPI yang tersasar daripada ramalannya. Pada awal hari ini, New Zealand telah membebaskan data PPI bagi suku pertama yang telah menyusut ke paras -0.9%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 1.4$ serta mengisyaratkan penyusutan dalam kadar inflasinya yang mengesahkan pendirian pemotongan kadar oleh Bank Pusat New Zealand (RBNZ). Penurunan mata wang kiwi juga disebabkan oleh ketegangan perang perdagangan yang telah meningkatkan penampilan dolar sebagai aset selamat serta menyebabkan para pelabur untuk menjual aset yang lebih berisiko. Dalam berita lain, pasangan telah menurun sebanyak 0.15% ke 109.65 semasa penulisan berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran akibat dengan ketegangan politik di antara Arab Saudi dan Iran. Menurut kepada laporan terkini, Arab Saudi telah menuduh Iran di sebalik serangan salah satu hab minyaknya dan hal ini telah menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam Yen yang selamat, Di samping itu, peningkatan Yen juga didorong oleh ketegangan perang perdagangan yang berterusan di antara AS dan China.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.21% ke $62.98 setong. Untuk setakat ini, harga minyak kekal ditekan oleh ketegangan perdagangan di antara AS dan China serta ketegangan politik di antara Arab Saudi dan Iran. Sebaliknya, harga emas telah melantun sebanyak 0.07% ke $1287.30 se troy auns di tengah-tengah penghindaran risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – CPI (YoY) (Apr) 1.7% 1.7%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (May) 97.2 97.8
01:00

(18hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 805

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 97.60. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek ke arah tahap sokongan di 97.40.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.00

Tahap sokongan: 97.40, 97.00

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2805. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2735.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2905

Tahap sokongan: 1.2735, 1.2665

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan di 1.1175. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1210.

 

Tahap rintangan: 1.1210, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1175, 1.1125

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA-50 (biru). MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 109.55.

 

Tahap rintangan: 110.05, 110.35

Tahap sokongan: 109.55, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6915. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6865.

 

Tahap rintangan: 0.6915, 0.6995

Tahap sokongan: 0.6865, 0.6825

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6545. MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6505.

 

Tahap rintangan: 0.6545, 0.6585

Tahap sokongan: 0.6505, 0.6470

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3475. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3475, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3440, 1.3415

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0100. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.0050.

 

Tahap rintangan: 1.0100, 1.0130

Tahap sokongan: 1.0050, 1.0030

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 63.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 62.75.

 

Tahap rintangan: 63.50, 64.50

Tahap sokongan: 62.75, 60.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1288.50.

 

Tahap rintangan: 1288.50, 1293.20

Tahap sokongan: 1278.45, 1272.45