83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Jun 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

AS bakal memotong kadar?

Dolar AS telah didagang secara bercampuran selepas data ekonomi dari negara tersebut memberikan isyarat yang bercanggahan. Menurut kepada US Census Bueau, Core Retail Sales bagi bulan Mei memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 0.5%. Data ini mencadangkan bahawa perbelanjaan pengguna adalah masih kukuh walaupun kadar inflasi semasa memaparkan penyusutan. Walaubagaimanapun, laporan terkini dari University of Michigan memaparkan penyusutan pada sentimen para pengguna dari paras tingginya. Untuk bulan Jun, Consumer Sentiment telah merosot dari 100.0 ke 97.9 dan ini mencadangkan penurunan jangkaan para pelabur terhadap perkembangan ekonomi AS yang boleh memberi impak kepada kadar perbelanjaan pengguna. Isyarat tersebut juga telah mengukuhkan jangkaan terhadap pemotongan kadar sebanyak 2 kali dari Bank Pusat AS (Fed) bagi sepanjang tahun 2019. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu keputusan kadar faedah dari Fed yang bakal dilepaskan pada hari Khamis untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut. Selain itu, dolar Australia masih didagang berhampiran paras rendah 6 bulan selepas ketegangan perdagangan diantara AS dan China menurunkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi Australia. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.07% ke 96.96 sementara AUD/USD menokok sedikit sebanyak 0.05% ke 0.6875.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.29% ke $52.62 setong. Harga minyak menerima sokongan selepas Baker Hughes memaparkan penurunan pada bilangan pelantar minyak dari 789 ke 788 dan ia boleh menjejaskan pembekalan buat sementara waktu. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,341.92 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                  Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

01:00 (18hb)          EUR                      ECB President Draghi Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jun) 17.80 12.10

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.50

Tahap sokongan: 96.35, 95.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2630, 1.2745

Tahap sokongan: 1.2515, 1.2425

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1220, 1.1275

Tahap sokongan: 1.1150, 1.1110

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 108.50. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.15

Tahap sokongan: 108.50, 108.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD kekal didagang di dalam formasi saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6850.

 

Tahap rintangan: 0.7020, 0.7210

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6700

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6485. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6555, 0.6600

Tahap sokongan: 0.6485, 0.6450

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3420. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas memecahkan tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3420, 1.3445

Tahap sokongan: 1.3375, 1.3340

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9975, 0.9945

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 53.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 53.00.

 

Tahap rintangan: 53.00, 54.45

Tahap sokongan: 51.60, 50.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1355.00

Tahap sokongan: 1321.00, 1302.00