17 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar melayang sementara menunggu ucapan Powell.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam selepas data ekonomi AS yang memberi bacaan di dalam jangkaan gagal untuk mengehadkan penurunnya. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.25% ke 94.20 semasa awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada US Commerce Department, Core Retail Sales bagi bulan Jun telah memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 0.4% sementara bacaan bagi bulan Mei telah diselaraskan lebih tinggi ke 1.3%. Selain itu, walaupun Empire State Manufacturing Indeks susut sebanyak 2.4 mata asas, bacaan sebenarnya adalah lebih tinggi daripada ramalan ekonomis sebanyak 22.00 dengan 22.60 bagi bulan Julai. Namun, dolar masih kekal didagang dengan lebih rendah sejak permulaan minggu ini sementara menunggu isyarat yang lebih lanjut mengenai dasar kewangan AS semasa Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell menyampaikan ucapan beliau di hadapan Jawatankuasa Senat Perbankan AS pada malam nanti. Sementara itu, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.01% ke $1.3235 sebelum pembebasan beberapa siri data ekonomi di dalam minggu ini. Para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data utama dari Britain untuk mendapat prospek yang lebih lanjut bagi kenaikan kadar faedah bulan Ogos dari Bank Pusat England.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak menjunam lebih daripada 4% ke $66.95 setong selepas eksport minyak di Iran meningkat sebanyak 6% ke 4.05 juta tong sehari bagi separuh bulan yang pertama Julai. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,240.61 se troy auns sementara para pelabur memberi tumpuan kepada ucapan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell pada malam nanti.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Data
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Data
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
16:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 06:45 | NZD – GDP (QoQ) (Q2) | 0.5% | 0.5% | 0.4% |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) | 2.5% | 2.5% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Jun) | -7.7K | 2.3K | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (May) | -1.3% | 0.5% | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Jun) | -0.1% | 0.5% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -6.796M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3280. Namun, MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3165
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1725. MACD histogram yang mula membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1725, 1.1760
Tahap sokongan: 1.1690, 1.1660
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah lingkungan iaitu 112.10. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungan tersebut.
Tahap rintangan: 112.60, 113.25
Tahap sokongan: 112.10, 111.65
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 67.90. Namun, petunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan kerugiannya.
Tahap rintangan: 67.90, 69.30
Tahap sokongan: 65.90, 64.70
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara ia telah berundur dari paras tengahnya. Petunjuk Stochastis Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah. Namun, pemecahan pada 1238.40 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1242.20, 1248.20
Tahap sokongan: 1238.40, 1233.70