83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak didorong oleh data Retail Sales yang positif, pound menjunam.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melonjak kembali ke paras 97.00 berikutan dengan data Retail Sales yang positif. Menurut kepada US Census Bureau, data penjualan runcit bagi bulan Jun telah memberi bacaan sebanyak 0.4%, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 0.1%. Data tersebut yang merupakan salah satu pengukuran bagi aktiviti perbelanjaan pengguna di AS telah mengurangkan jangkaan para pelabur terhadap kelonggaran dasar secara agresif oleh Fed. Pada awal bulan ini, pendirian dasar kewangan Fed adalah lebih dovish selepas mereka mengisyaratkan kelonggaran dasar secara agresif dengan pemotongan kadar lebih daripada 25 mata asas. Namun, dengan data pekerjaan dan penjualan runcit yang positif baru-baru ini, Fed kini dijangka untuk memotong kadar sebanyak 25 mata asas sahaja semasa mesyuarat dasar Julai nanti sementara berwaspada terhadap prestasi ekonomi pada masa yang akan datang. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menjunam ke paras rendah 3 bulan di tengah-tengah risiko Brexit dan kekukuhan dolar. Menurut kepada laporan terkini, calon utama perdana menteri UK Boris Johnson dan Jeremy Hunt telah menegaskan penentangan mereka terhadap isu sempadan Ireland yang telah mengurangkan kemungkinan Brexit dengan perjanjian kerana EU berkemungkinan besar untuk tidak merunding semula syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum ini. UK kini ditekan oleh dua keadaan iaitu Brexit tanpa perjanjian atau membatalkan Brexit secara keseluruhannya, dan oleh kerana kedua-dua calon tersebut telah menegaskan keinginan mereka untuk menyampaikan Brexit sebelum 31hb Oktober, kemungkinannya Brexit tanpa perjanjian telah meningkat secara dramatik. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.01% ke 96.97 sementara pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.04% ke 1.2405 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.30% ke $57.59 setong. Harga minyak mentah telah menjunam pada hari semalam berikutan dengan penyusutan ketegangan Timur Tengah semasa Presiden AS Donald Trump menyatakan kewujudan kemajuan dengan Iran. Kedua-dua negara tersebut telah menunjukkan keinginan untuk mengelakkan peperangan sementara pegawai-pegawai Iran kini bersedia untuk berunding mengenai program peluru berpandu mereka. Tambahan pula, harga minyak mentah menerima tekanan menurun yang selanjutnya semasa American Petroluem Institute (API) melaporkan pengurangan inventori minyak yang lebih lemah dengan bacaan sebanyak 1.4M bagi minggu lepas walaupun dengan usaha berterusan oleh OPEC dan sekutunya untuk melanjutkan pemotongan bekalan mereka. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.02% ke $1405.75 se troy auns. Emas yang selamat telah menjunam dari paras tingginya pada malam semalam di tengah-tengah data AS yang positif dan kekukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – CPI (YoY) (Jun) 2.0% 2.0%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jun) 1.2% 1.2%
20:30 USD – Building Permits (Jun) 1.299M 1.300M
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jun) 0.4%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -9.499M -2.694M

 


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 96.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.10.

 

Tahap rintangan: 97.10, 97.55
Tahap sokongan: 96.70, 96.30


 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2440. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan 1.2440.

 

Tahap rintangan: 1.2440, 1.2510
Tahap sokongan: 1.2295, 1.2230

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.1235. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melantun ke arah tahap rintangan 1.1235 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1235, 1.1280

Tahap sokongan: 1.1185, 1.1145

 


 USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.15. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 108.15 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.60, 109.05
Tahap sokongan: 108.15, 107.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7035. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7065
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6720. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6650.

 

Tahap rintangan: 0.6720, 0.6770
Tahap sokongan: 0.6650, 0.6600


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3040. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1.3105.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3040, 1.2970

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9870. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 0.9870.

 

Tahap rintangan: 0.9935, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9870, 0.9800


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 57.85. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 56.00.

 

Tahap rintangan: 57.85, 59.25
Tahap sokongan: 56.00, 54.50

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang secara rata di dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan 1403.15. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1421.40, 1437.95
Tahap sokongan: 1403.15, 1386.35