83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Julai 2019                       Analisis Sesi Tengah Hari

 

Euro menjunam selepas sentimen ekonomi merosot.

Euro menerima tekanan bearish pada semalam berikutan dengan pandangan ekonomi yang suram dari rantau tersebut. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD memulih sebanyak 0.03% ke 1.1212 pada sesi Asia. Bagi bulan Julai, German ZEW Economic Sentiment telah menjunam ke paras -24.5, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu -22.1. Trend menurun yang ketara pada beberapa sektor di Jerman telah meningkatkan pandangan dovish terhadap rantau tersebut sambil menyokong kebarangkalian Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan kelonggaran dasar kewangan. Selain itu, data tersebut juga telah meningkatkan spekulasi terhadap ECB untuk memotong kadar faedah sehingga ke paras negatif pada tempoh masa yang terdekat. Selain itu, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.04% ke 108.17. Aset selamat Yen Jepun telah menerima permintaan di dalam pasaran selepas Presiden AS Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas barangan China selepas Beijing gagal untuk membeli barangan pertanian dari AS. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau perkembangan diantara AS dan China mengenai perang perdagangan bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.35% ke $57.62 setong. Harga minyak telah mengukuhkan kedudukannya selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa inventori minyak telah menurun sebanyak 1.4 juta tong bagi minggu lepas. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,405.96 se troy auns akibat daripada peningkatan risiko perang perdagangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – CPI (YoY) (Jun) 2.0% 2.0%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jun) 1.2% 1.2%
20:30 USD – Building Permits (Jun) 1.299M 1.300M
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Jun) 0.4%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -9.499M -2.694M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 96.45. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 97.10.

 

Tahap rintangan: 97.10, 97.50
Tahap sokongan: 96.50, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2435.

 

Tahap rintangan: 1.2435, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2370, 1.2300

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1210. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1210.

 

Tahap rintangan: 1.1210, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1125

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan 108.20. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 107.75.

 

Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.75, 107.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7030. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7000.

 

Tahap rintangan: 0.7030, 0.7055
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6725.

 

Tahap rintangan: 0.6725, 0.6780
Tahap sokongan: 0.6660, 0.6600

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3095. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3050.

 

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3135
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2990

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9925
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 57.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 56.85.

 

Tahap rintangan: 58.60, 60.35
Tahap sokongan: 56.85, 55.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1403.00. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1403.00.

 

Tahap rintangan: 1424.05, 1436.35
Tahap sokongan: 1403.00, 1383.60