83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Julai 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melantun kerana pesimisme pasaran telah dicernakan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya pulih semula selepas mencecah paras terendah 15 bulan, apabila pelabur mula mengambil keuntungan pada kedudukan posisi jual mereka. Indeks dolar mengalami penurunan mendadak minggu lalu disebabkan oleh data inflasi, yang jatuh di bawah jangkaan. Indeks Harga Pengguna (CPI) pada hari Rabu dan Indeks Harga Pengeluar pada Khamis menyumbang kepada aliran ini, menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan menghampiri penghujung kitaran kenaikan kadar faedahnya. Dengan inflasi yang semakin perlahan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ia telah memupuk rasa optimis di kalangan rakyat Amerika tentang masa depan. Menurut tinjauan yang dikeluarkan pada malam Jumaat, sentimen pengguna AS, seperti yang diukur oleh Universiti Michigan, meningkat sebanyak 13% pada bulan Julai. Ini menandakan peningkatan bulan kedua berturut-turut dan mewakili keuntungan bulan ke bulan terbesar sejak 2006. Indeks itu telah mencapai tahap tertinggi sejak September 2021. Berdasarkan hasil tinjauan daripada University of Michigan, Indeks Keyakinan Pengguna AS meningkat ke 72.6 daripada 64.4 pada bulan Jun. Bacaan ini dibebaskan dengan lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 65.5. Akibatnya, indeks dolar memulihkan kerugian sebelumnya dan melantun semula sedikit sebelum berakhirnya sesi dagangan Jumaat. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.04% ke 99.95.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak -0.49% ke $74.90 setong apabila dolar AS melonjak dan peniaga minyak mengambil keuntungan daripada rali tersebut. Selain itu, harga emas menurun sebanyak -0.08% ke $1954.00 setiap troy auns apabila pelabur mengambil keuntungan berikutan rali besar pada minggu lepas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jul) 6.0 0.0

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 99.40. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 100.65, 103.00

Tahap sokongan: 99.40, 97.75

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3090. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3405

Tahap sokongan: 1.3090, 1.2970

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Resistance level: 1.1240, 1.1365

Support level: 1.1155, 1.1065

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 139.00. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 139.00, 141.60

Tahap sokongan: 136.35, 133.10

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.7035

Tahap sokongan: 0.6785, 0.6675

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6455.

 

Tahap rintangan: 0.6455, 0.6515

Tahap sokongan: 0.6290, 0.6150

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepa ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3175. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3245.

 

Tahap rintangan: 1.3245, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3065

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.8670. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.8535.

 

Tahap rintangan: 0.8670, 0.8775

Tahap sokongan: 0.8535, 0.8355

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 77.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 77.15, 80.75

Tahap sokongan: 73.90, 70.15

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1951.60. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1980.00, 2020.70

Tahap sokongan: 1951.60, 1939.75