17 Ogos 2017 Analisis Harian
Percanggahan di dalam Fed, tempoh kenaikan kadar tidak tentu.
Pasaran beruang mengambil alih momentum mata wang dolar pada hari Khamis berikutan dengan pembebasan minit mesyuarat Bank Pusat A.S. (Fed) yang mempamerkan perdebatan mengenai tempoh kenaikan kadar yang seterusnya. Indeks dolar susut sebanyak 0.05% sementara disebut niaga berhampiran 93.36. Minit yang dilepaskan adalah berasal dari mesyuarat FOMC bagi bulan Julai selepas ahli pembuat dasar mengundi untuk mengekalkan kadar di paras 1% – 1.25%. Percanggahan di dalam ideologi boleh dilihat selepas beberapa ahli menyatakan kebimbangan terhadap tekanan inflasi yang suram manakala yang lain menegaskan risiko dalam melambatkan proses untuk mengetatkan dasar mereka. Kelembapan kadar inflasi baru-baru ini telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap keupayaan Fed untuk mengikuti rancangan mereka bagi meningkatkan kadar secara beransur-ansuran walaupun ekonomi sedang bertumbuh dengan pesat dan kadar pengangguran di paras rendah 16 tahun iaitu 4.3%. Sebaliknya, pedagang niaga hadapan Fed Funds sedang memberi harga peluang sebanyak 50% untuk kenaikan kadar pada bulan Disember, berbanding dengan sebelumnya yang hanya 37%.
Di bahagian komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.21% ke $46.88 berikutan dengan penurunan yang lebih tinggi pada inventori minyak mentah A.S. Namun, keuntungan yang dialami masih dihadkan selepas laporan berasingan mendapati bahawa pengeluaran minyak di A.S. telah mencecah 9.502 juta tong sehari, paras tertinggi sejak Julai 2015. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.64% ke $1,285.08 berikutan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
01:00 USD FOMC Member Kaplan Speaks
01:45 USD FOMC Member Kashkari Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Employment Change (Jull) | 14.0K | 20.0K | 27.9K |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jul) | 0.6% | 0.2% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Jul) | 1.3% | 1.3% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 244K | 240K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) | 19.5 | 18.5 | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1.2900. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan bias menaik kepada GBPUSD dan sasaran berikutnya berada di 1.2950.
Tahap rintangan: 1.2900, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2850, 1.2790
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia sedang menguji di paras atasnya. Pemecahan keluar dari paras atasnya akan memberi isyarat kepada pertukaran pada arah alirannya untuk meneruskan kenaikan dan sasaran berikutnya berada di 1.1840.
Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840
Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah memangkas keuntungan seawalnya selepas ia berundur dari tahap rintangan kukuh di 110.90. Penunjuk MACD histogram mula memaparkan isyarat negative divergence memberi isyarat kepada USDJPY untuk meneruskan kerugian ke sasaran di 109.40.
Tahap rintangan: 110.10, 110.90
Tahap sokongan: 109.40, 108.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran tahap sokongan 46.65. Pergerakan harga tersebut di tambah pula dengan momentum menaik yang makin menurun dari MACD histogram mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih cenderung kepada bias menurun.
Tahap rintangan: 47.10, 47.50
Tahap sokongan: 46.65, 46.30
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk melantun dari tahap Fibonacci 23.6 di 1271.90. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk meneruskan kenaikan ke paras tinggi di 1292.05.
Tahap rintangan: 1292.05, 1300.00
Tahap sokongan: 1282.00, 1271.90