83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Dolar A.S. bangkit semula sementara AUD susut selepas RBA.

Indeks dolar ditawarkan dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia meningkat sebanyak 0.24% ke 93.14 berlatarbelakangkan data sektor pembuatan yang lebih positif. Data Empire State Manufacturing Index bagi bulan Oktober telah meningkat ke paras 30.2 selepas ia mencecah tahap 24.4 pada bulan lalu. Namun, keuntungan yang dicatat oleh dolar adalah terhad walaupun data yang lebih positif berikutan dengan keraguan para pelabur terhadap tekanan deflasi yang dipaparkan oleh laporan inflasi pada hari Jumaat lalu. Sebelum ini, Pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen telah menegaskan bahawa mereka masih berada di dalam jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah pada bulan Disember nanti. Beliau mengulas bahawa prestasi ekonomi A.S. yang masih mantap dan pertumbuhan optimistik di dalam pasaran buruh telah membekalkan alasan untuk mengetatkan dasar secara beransur-ansuran. Di rantau yang lain, pasangan AUD/USD susut ke paras rendah sesi di 0.7838 selepas minit mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA) menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengikut trend kenaikan kadar global. RBA mengulas bahawa pandangan dasar kewangan adalah tertakluk kepada keadaan ekonomi domestik dan kenaikan kadar di luar negara tidak mempunyai implikasi mekanikal kepada nilai pertukaran mata wang Australia.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.21% ke $51.76 setong selepas Amerika Syarikat meluluskan permit untuk membina paip minyak mentah silang sempadan Enbridge yang bakal memanfaatkan syarikat tersebut untuk mempunyai peningkatan kapasiti pengeluaran dari 450,000 tong sehari (bpd) ke 890,000 bpd. Sementara itu, harga emas memangkas keuntungan sebanyak 0.52% ke $1,293.11 se troy auns susulan dengan kekukuhan dolar A.S. yang disokong oleh data sektor pembuatan dan sentimen pasaran yang lebih optimistik terhadap prospek kenaikan kadar faedah untuk kali ketiga pada bulan Disember nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

08:30                     AUD                                       RBA Meeting Minutes

18:15                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

01:00                     USD                                        FOMC Member Harker Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
05:45 NZD – CPI (QoQ) (Q3) 0.0% 0.4% 0.5%
16:30 GBP – CPI (YoY) (Sep) 2.9% 3.0%
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) 31.7 34.2
18:00 EUR – CPI (YoY) (Sep) 1.5% 1.5%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Sep) 0.6% 0.6%
21:45 USD – Industrial Production (MoM) (Sep) -0.9% 0.2%
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 3.097M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3225. Pasangan tersebut kini yang sedang didagang dengan formasi segi tiga menurun mencadangkan bahawa pemecahan adalah diperlukan dari salah satu sisinya untuk menentukan pergerakan harganya bagi jangka yang terdekat ini.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3225, 1.3175


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 200-MA. Pasangan tersebut kini sedang menguji di tahap sokongan 1.1780. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan sasaran berikut berada di 1.1740.

 

Tahap rintangan: 1.1880, 1.1990

Tahap sokongan: 1.1780, 1.1740

 


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.65. Pembentukan lilin bullish engulfing dan silang emas dari MACD memberikan isyarat bahawa pasangan ini bakal melanjutkan kenaikannya ke paras 112.35.

 

Tahap rintangan: 112.35, 113.00

Tahap sokongan: 111.65, 108.90


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.40. Pembentukan lilin bearish engulfing serta negative divergence dari MACD histogram mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan 51.75.

 

Tahap rintangan: 52.40, 53.00

Tahap sokongan: 51.75, 51.35


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1290.20. Pembentukan lilin pin bar serta MACD histogram yang kini susur ke atas memberi cadangan bahawa harga emas akan mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah tahap rintangan 1297.60.

 

Tahap rintangan: 1297.60, 1300.70

Tahap sokongan: 1290.20, 1283.45