17 Oktober 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS susut, kemungkinan pemotongan kadar meningkat.
Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya pada semalam selepas kemungkinan pemotongan kadar dari Bank Pusat AS (Fed) meningkat susulan dengan data yang bearish. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.28% ke 97.68 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada Census Bureau, US Core Retail Sales mengecut sebanyak -0.1% bagi bulan September, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 0.2%. Data tersebut telah mencatat penurunan kali pertama di dalam tempoh 7 bulan dan ia didorong oleh kekurangan pesanan bahan pembinaan dan pembelian di dalam talian. Selepas pembebasan data tersebut, Fed Rate Monitor Tool memaparkan bahawa kemungkinan pemotongan kadar pada akhir bulan ini meningkat dari 74.8% ke 89.8%. Pada masa yang sama, dolar AS menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas Presiden Fed Chicago Charles Evans menyeru Fed untuk mengambil tindakan yang lebih agresif bagi mengekalkan tekanan inflasi dan momentumnya. Sementara itu, pound sterling melonjak pada semalam susulan dengan pandangan positif terhadap perkembangan Brexit semasa. Menurut kepada laporan, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengulas bahawa perjanjian Brexit kini telah dimuktamadkan dan ini telah meningkatkan sentimen Brexit lembut pada tarikh akhirnya iaitu 31hb Oktober. Pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.09% ke 1.2822 pada pagi tadi.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.15% ke $52.90 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa stok minyak AS telah meningkat sebanyak 10.5 juta tong pada minggu lepas. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,490.48 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih lemah dan kemungkinan pemotongan kadar yang lebih tinggi dari Fed.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) | -0.2% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Sep) | 1.425M | 1.340M | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) | 12.0 | 7.3 | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.927M | 2.878M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. ,
Tahap rintangan: 97.75, 97.95
Tahap sokongan: 97.60, 97.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 1.2820.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3035
Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.1105.
Tahap rintangan: 1.1105, 1.1150
Tahap sokongan: 1.1070, 1.1010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 108.75, 109.30
Tahap sokongan: 108.45, 108.10

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 0.6745.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6800
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6705

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.6285.
Tahap rintangan: 0.6310, 0.6340
Tahap sokongan: 0.6285, 0.6250

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 0.9925.
Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010
Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 53.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun dan menuju ke arah 51.60.
Tahap rintangan: 54.45, 55.55
Tahap sokongan: 53.00, 51.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40
Tahap sokongan: 1484.05, 1460.00