83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Januari 2023                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS stabil menjelang sesiri data ekonomi.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berlegar menghampiri paras terendah 7 bulan kerana pelabur sedang menunggu data ekonomi selanjutnya, seperti data Indeks Harga Pengeluar (PPI) dan Jualan Runcit. Semalam, indeks dolar didagangkan lebih rendah dalam dagangan bergelora kerana angka inflasi baru-baru ini bertambah baik secara beransur-ansur, semakin jauh daripada paras puncak 9.1% sambil menuju ke sasaran jangka panjang Fed 2.0%. Hari ini, perhatian pasaran telah diberikan kepada data PPI kerana ia boleh memberikan gambaran lanjut mengenai keadaan inflasi negara. Selain itu, pelabur juga sedang menunggu pengumuman Dasar Monetari BoJ. Jangkaan kemungkinan peralihan dasar telah meningkat, di mana terdapat kemungkinan besar BoJ akan mengubah atau menamatkan dasar kawalan hasil bonnya. Walau bagaimanapun, kemungkinan untuk menaikkan kadar tunai daripada -0.1% kepada wilayah positif adalah tidak dijangka pada masa ini, tetapi isyarat untuk bermula melaksanakan dasar monetari yang mengetatkan mungkin dapat dilihat dalam mesyuarat itu. Dengan itu, keputusan BoJ mungkin akan mempengaruhi pasaran FX semasa sesi dagangan Asia hari ini, di mana turun naik akan besar. Semasa penulisan, pasangan mata wang USD/JPY meningkat 0.07% ke 128.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.07% ke $81.15 setong selepas Setiausaha Agung OPEC Haitham Al-Ghais membentangkan pandangan optimistik terhadap pemulihan ekonomi global, di mana prospek permintaan minyak kekal cerah. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.01% ke $1908.35 setiap troy auns berikutan peningkatan pasaran dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

11:00                     JPY                                          BoJ Monetary Policy Statement

11:00                     JPY                                          BoJ Outlook Report (YoY)

Tentative               JPY                                          BoJ Press Conference

03:00                     USD                                        Beige Book

(19th)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 GBP – CPI (YoY) (Dec) 10.7% 10.6%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Dec) 9.2% 9.2%
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec) -0.2% -0.4%
21:30 USD – PPI (MoM) (Dec) 0.3% -0.1%
21:30 USD – Retail Sales (MoM) (Dec) -0.6% -0.8%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 101.25.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2200. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2345.

 

Tahap rintangan: 1.2345, 1.2470

Tahap sokongan: 1.2200, 1.2105

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0775. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0935, 1.1115

Tahap sokongan: 1.0775, 1.0675

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 128.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 128.60, 131.25

Tahap sokongan: 126.30, 123.75

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7125

Tahap sokongan: 0.6860, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6355. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6460.

 

Tahap rintangan: 0.6460, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6355, 0.6255

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3400. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3400, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3155

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9310, 0.9405

Tahap sokongan: 0.9225, 0.9110

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 81.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 81.35, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 71.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1900.00.

 

Tahap rintangan: 1944.60, 1985.90

Tahap sokongan: 1900.00, 1884.00