83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Februari 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berundur dari paras tinggi, aset berisiko meningkat.

Indeks dolar yang berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.06% ke 96.60 di tengah-tengah sikap optimis para pelabur terhadap perundingan perdagangan yang dilaksanakan di Beijing pada minggu lepas. Walaupun Rumah Putih AS telah menyatakan bahawa perundingan tersebut masih memerlukan perkembangan yang selanjutnya sebelum perjanjian dicapai, para pelabur beryakin bahawa kedua-dua ekonomi terbesar bakal menghentikan perang perdagangan tersebut. Hal ini telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari pasaran dolar yang selamat ke dalam pasaran yang lebih berisiko seperti pound dan kiwi. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada rundingan seterusnya di Washington dan menjangkakan perjanjian dicapai sebelum tarikh akhir bagi peningkatan tarif pada 1hb Mac. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.15% ke 1.2905 akibat data Retail Sales yang melebihi jangkaannya dan penjualan dolar. Walaupun dengan isu politik Brexit, negara UK masih dapat mengekalkan perbelanjaan pengguna yang tinggi serta kadar inflasi yang baik. Perdana Menteri Theresa May kini akan berusaha untuk memujuk pihak EU untuk bersetuju dengan perubahan mengenai pelan ‘backstop’ Iris sementara menjelang tarikh akhir Brexit.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.39% ke $56.35 setong akibat dengan perubahan sentimen bagi pasaran minyak. Laporan bulanan OPEC telah melaporkan penurunan dalam pembekalan bulan lepas sebanyak 800K tong sehari ke 30.8 juta tong sehari. Sentimen ditambah baik dengan sekatan AS ke atas minyak Venezuela yang mendorong peningkatan harga minyak. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.14% ke $1323.00 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CAD                                        Family Day

All Day                   USD                                        Washington’s Birthday

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 96.90. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.50.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.15

Tahap sokongan: 96.50, 96.05

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2845. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2960.

 

Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080

Tahap sokongan: 1.2845, 1.2720

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1310. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3010, 1.1350

Tahap sokongan: 1.1260, 1.1215

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 110.65. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan kembali dari tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.65, 111.40

Tahap sokongan: 110.00, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7155. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7155.

 

Tahap rintangan: 0.7155, 0.7190
Tahap sokongan: 0.7130, 0.7105

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6870. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6905.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935

Tahap sokongan: 0.6870, 0.6845

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 1.3260. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3205.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3310

Tahap sokongan: 1.3205, 1.3125

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0085. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0085, 1.0115

Tahap sokongan: 1.0025, 0.9985

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 55.75. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 57.50.

 

Tahap rintangan: 57.50, 59.20

Tahap sokongan: 55.75, 54.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1323.10. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1323.10, 1329.10

Tahap sokongan: 1315.50, 1309.70