18 Februari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar susut, perang perdagangan bakal selesai?
Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah pada pertengahan sesi Asia berikutan dengan optimisme yang lebih tinggi ke atas penyelesaian perang perdagangan diantara AS dan China. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.17% ke 96.74. AS dan China telah melaporkan perkembangan yang positif semasa rundingan 5 hari dan ia telah mendorong para pelabur untuk beralih dari aset selamat ke aset yang berisiko di dalam pasaran. Rundingan tersebut bakal dilanjutkan kepada minggu hadapan di Washington sementara para pelabur berharap bahawa ia akan menyelesaikan perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia. Susulan dengan kelemahan pada dolar AS, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.22% ke 1.1317. Walaubagaimanapun, keuntungan yang dialami oleh mata wang ini adalah terhad selepas para pelabur menjangkakan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan dasar kewangan yang longgar berikutan dengan penyusutan aktiviti ekonomi. Pada hari Jumaat yang lepas, ahli ECB Benoit Coeure memberi komen bahawa inisiatif dalam menawarkan pinjaman murah kepada bank berkemungkinan untuk dilaksanakan oleh kerana kelembapan yang dialami adalah lebih ketara daripada jangkaan sebelum ini.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.02% ke $52.77 setong. Harga minyak mentah meningkat ke paras yang tertinggi semenjak bulan November tahun lepas berikutan dengan petanda positif dari rundingan perdagangan AS-China yang membantu untuk memulihkan permintaan pasaran terhadap aset berisiko. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.23% ke $1,324.47 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CAD Family Day
All Day USD Washington’s Birthday
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 96.90. MACD yang memaparkan momentum bearish dan isyarat silang kematian mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 96.50.
Tahap rintangan: 96.90, 97.15
Tahap sokongan: 96.50, 96.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelum ini di 1.2845. MACD yang memaparkan bias bullish dengan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2960.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2845, 1.2720

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1310. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1350, 1.1405
Tahap sokongan: 1.1310, 1.1260

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang secara rata selepas ia memecahkan tahap sokongan sebelumnya di 110.65. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 110.65.
Tahap rintangan: 110.65, 111.40
Tahap sokongan: 110.00, 108.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.7155. MACD yang memaparkan isyarat bullish dengan corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan di 0.7155.
Tahap rintangan: 0.7155, 0.7190
Tahap sokongan: 0.7130, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelumnya di paras 0.6905. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6905.
Tahap rintangan: 0.6905, 0.6935
Tahap sokongan: 0.6870, 0.6845

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3260. MACD yang memaparkan isyarat bearish dan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3205.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3205, 1.3125

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0025. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0085, 1.0115
Tahap sokongan: 1.0025, 0.9985

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 55.75. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 57.50.
Tahap rintangan: 57.50, 59.20
Tahap sokongan: 55.75, 54.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1323.10. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1323.10.
Tahap rintangan: 1323.10, 1329.10
Tahap sokongan: 1315.50, 1309.70