18 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar menjunam akibat data yang suram.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya semasa pertengahan sesi Asia berlatarbelakangkan data ekonomi yang kurang memuaskan dari AS. Pada hari Jumaat yang lepas, beberapa data yang suram seperti output pembuatan dan aktiviti perkilangan New York telah mengesahkan jangkaan terhadap Bank Pusat AS (Fed) dalam memberikan pandangan dovish di dalam minggu ini. Menurut kepada laporan, kadar bon perbendaharaan 10 tahun telah merosot ke 2.580%, paras yang terendah semenjak 4hb Januari. Selain itu, para pelabur kini memberikan jangkaan kenaikan kadar faedah hanya 40% bagi tahun ini berikutan dengan penyusutan optimisme terhadap perkembangan ekonomi AS. Kebanyakan para pelabur menjangkakan Fed untuk mengekalkan kadar dengan tidak berubah serta mengumumkan pelan untuk menghentikan pengurangan penyata imbangan di dalam mesyuarat dasarnya pada hari Rabu ini. Fokus pasaran akan ditumpukan kepada sentimen Fed sementara risiko yang menyelubungi ekonomi AS seperti perang perdagangan dan kemelesetan ekonomi global makin meningkat. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.12% ke 95.88. Sementara itu, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.36% ke 0.7113. Dolar Australia menerima permintaan yang lebih tinggi di dalam pasaran berikutan dengan kelemahan dolar serta peningkatan harga bijih besi – salah satu komoditi eksport utama bagi Australia.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 0.10% ke $58.60 setong. Harga minyak mengalami tekanan menurun pada hari Isnin berikutan dengan kekhuatiran pasaran terhadap kemelesetan ekonomi global yang bakal mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.25% ke $1,299.00 se troy auns berikutan dengan peralihan fokus pasaran terhadap aset berisiko seperti dolar Australia dan euro.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 95.90. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 95.90.
Tahap rintangan: 96.20, 96.55
Tahap sokongan: 95.90, 95.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3240.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3170

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras atasnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sekiranya ia gagal memecahkan sasaran di 1.1340.
Tahap rintangan: 1.1340, 1.1365
Tahap sokongan: 1.1300, 1.1260

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.45, 111.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di atas 0.7100. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 0.7120.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7155
Tahap sokongan: 0.7100, 0.7075

NZDUSD, Daily: NZDUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6910, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6795, 0.6650

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3345. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3345, 1.3370
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3270

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.0040. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0040, 1.0070
Tahap sokongan: 0.9995, 0.9945

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 58.85, 59.65
Tahap sokongan: 58.00, 57.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji berhampiran dengan tahap sokongan di 1299.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1299.00.
Tahap rintangan: 1305.60, 1311.00
Tahap sokongan: 1299.00, 1294.00