83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 April 2017                       Analisis Harian

 

Ulasan Mnuchin mengurangkan penurunan pada dolar A.S.

Dolar A.S. telah berundur dari paras rendah lima bulan berbanding dengan Yen Jepun pada hari Selasa berikutan dengan ulasan dari Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin dan kenaikan pada kadar bon yang telah memberikan sokongan selanjutnya pada mata wang tersebut. Di dalam satu temu duga dengan Financial Times, Mnuchin bersetuju dengan pandangan Presiden A.S. Donald Trump di mana kekukuhan dolar pada jangka pendek akan memberi tekanan pada nilai eksport mereka. Namun, kesan jangka panjang tersebut akan membawa kepada manfaat yang lebih positif kelak. Walaubagaimanapun, kenaikan pada dolar A.S. masih mempunyai hadnya oleh kerana A.S. bakal bertemu dengan Jepun untuk dialog ekonomi yang pertama pada lewat hari ini. Kebimbangan telah timbul ke atas A.S. yang berkemungkinan untuk mempunyai pendirian perdagangan yang lebih ketat terhadap Jepun selepas Trump mengadu bahawa ia dan negara lain telah melemahkan mata wang mereka untuk mendapatkan kelebihan perdagangan global. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 100.17 manakala pasangan USD/JPY menokok sebanyak 0.19% ke 109.11.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meneruskan kenaikannya manakala para pelabur akan memantau komen dari Naib Presiden A.S. Mike Pence di Tokyo mengenai ketegangan politik di Semenanjung Korea sebelum American Petroleum Institute melepaskan data inventori minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memangkas sebanyak 0.34% ke $1,284.97 manakala penurunannya masih terhad akibat daripada ketegangan geopolitik yang masih berterusan.

 

Pasaran Cuti Hari Ini

Masa                     Pasaran                      Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                      Acara

08:30                     AUD                             RBA Meeting Minutes

 

Data Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Building Permits (Mar) 1.216M 1.250M
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -1.300M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh di 1.2600. Oleh kerana petunjuk MACD masih berlegar di dalam momentum menaik, lantunan dari tahap sokongan 1.2550 akan mencadangkan GBPUSD untuk meningkat selanjutnya dan menguji semula di tahap psikologi 1.2600.

 

Tahap rintangan: 1.2600, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2550, 1.2500

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan ia telah melantun dari paras tengah segi tiga tersebut berdekatan dengan tahap sokongan 1.0635 baru-baru ini. Ia dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi ke paras atas segi tiga selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.0650. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi segi tiga menyempit tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0650, 1.0675

Tahap sokongan: 1.0635, 1.0620

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji berdekatan dengan tahap sokongan 108.95. Kemunduran tersebut mencadangkan bahawa USDJPY bakal mengalami tempoh pembetulan teknikal dan didagang dengan rendah pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menaik selanjutnya oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menaik.

 

Tahap rintangan: 109.40, 109.90

Tahap sokongan: 108.95, 108.55, 108.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji berdekatan dengan paras bawah saluran tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan dari paras ini akan mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek di dalam saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 53.20, 53.45

Tahap sokongan: 52.90, 52.60

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-moving average (hijau). Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang masih meneruskan penyempitan sambil menuju ke bawah dan berkemungkinan untuk membentuk silang kematian, harga emas dicadangkan untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1283.90.

 

Tahap rintangan: 1290.00, 1295.35

Tahap sokongan: 1283.90, 1276.85