83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Pasukan Khas siasat Trump-Rusia, dolar menjunam.

                Kerugian diperlihatkan lagi bagi mata wang dolar A.S. yang kini berlegar berdekatan dengan paras rendah enam bulan selepas US mengalami krisis politik yang makin mendalami dan berkemungkinan untuk melambatkan sebarang usaha Presiden Donald Trump dalam meluluskan rangsangan ekonominya. Jabatan Kehakiman A.S. telah melantik bekas pengarah FBI sebagai peguam khas untuk menyiasat pakatan sulit diantara pasukan kempen pilihan raya Trump 2016 dan Rusia. Pelantikan tersebut dilakukan selepas Trump memecat pengarah FBI James Comey secara tiba-tiba yang sebelum ini sedang menyiasat peranan Rusia di dalam pilihan raya A.S. pada tahun lalu. Media kemudiannya melaporkan bahawa Trump berkemungkinan telah mengganggu siasatan persekutuan, salah satu kesalahan yang serius jika terdapatnya bukti yang kukuh dan ia boleh membawa kepada perlucutan jawatan. “Ketidakstabilan politik telah menjejaskan persepsi pasaran terhadap Amerika Syarikat. Orang ramai pasti menghentikan pelaburan mereka ke dalam negara tersebut jika tajuk ini tersebar di semua akhbar harian,” kata Bart Wakabayashi, Pengurus cawangan Tokyo bagi State Street Bank. Indeks dolar telah menjunam sebanyak 0.70% dan berlegar di sekitar 97.24. Berbanding dengan mata wang yang lain, euro menyentuh paras tinggi enam bulan di $1.1174 manakala USD/JPY menurun sebanyak 0.50% ke 110.88.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.35% ke $48.90 selepas para pelabur kekal berhati-hati akibat daripada risiko politik di Amerika Syarikat. Sementara itu, laporan inventori dari Energy Information Administration telah mengehadkan penurunannya selepas laporan menunjukan bahawa stoknya telah menurun sebanyak 1.75 juta tong pada minggu lepas. Bagi komoditi emas, harganya meningkat sebanyak 0.33% ke $1,261.70 selepas permintaannya melonjak akibat daripada risiko politik yang berlegar di pasaran kewangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

01:00                      EUR                      ECB President Draghi Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:50 JPY – GDP (QoQ) (Q1) 0.3% 0.4% 0.5%
09:30 AUD – Employment Change (Apr) 60.9K 5.0K 37.4K
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Apr) -1.8% 1.0%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 236K 240K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) 22.0 19.5

 

 

DOLLAR_INDX

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah melanjutkan penurunannya selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian. Oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat menurun, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 97.05 akan mencadangkan pelanjutan pada kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 97.55, 98.00

Tahap sokongan: 97.05, 96.65

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran sisi dan kini sedang menguji di paras atas saluran tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu. Namun, pengunduran dari paras ini akan mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah di dalam saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2985, 1.3060

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2840, 1.2770

 

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik, ia adalah dicadangkan untuk menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1.1260.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1340

Tahap sokongan: 1.1130, 1.0980

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Lantunan baru-baru ini dari tahap sokongan 110.50 mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk melanjutkan penurunannya.

 

Tahap rintangan: 111.25, 112.00

Tahap sokongan: 110.50, 109.60

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras bawah saluran tersebut. Pemecahan dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Walaubagaimanapun, lantunan daripada paras ini akan mencadangkan harga minyak mentah untuk kekal didagang di dalam saluran menaik.

 

Tahap rintangan: 49.90, 51.60

Tahap sokongan: 48.75, 47.55

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap fibonacci 50.0 di 1254.75. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara, penutupan niaga di atas tahap rintangan 1264.35 akan mencadangkan lanjutan pada kenaikannya.

 

Tahap rintangan: 1264.35, 1278.00

Tahap sokongan: 1254.75, 1245.15