83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Jun 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar stabil walaupun data suram.

Dolar AS didagang secara berayun berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam selepas aktiviti sektor pembuatan di New York menjunam ke paras rendah yang baru bagi bulan Jun. Menurut kepada New York Federal Reserve, indeks sektor pembuatannya telah menurun ke -8.6, paras yang terendah di dalam tempoh dua tahun setengah. Data ini serta kadar inflasi yang suram dan pasaran pekerjaan yang pesimis telah mengesahkan kemungkinan pemotongan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed) bagi tahun ini. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan pemotongan kadar bagi bulan Julai telah meningkat ke paras 84.5%. Walaubagaimanapun, oleh kerana para pelabur telah menghargai kemungkinan tersebut dengan sepenuhnya, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad. Sementara itu, pound sterling menjunam ke paras rendah enam bulan susulan dengan penghindaran risiko dari pasaran UK. Laporan terkini mendapati bahawa calon Boris Johnson sedang mendahului undian pelantikan Perdana Menteri yang baru dan ia telah meningkatkan risiko Brexit tanpa perjanjian di UK.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.08% ke $51.95 setong. Pada semalam, harga minyak telah menerima tekanan bearish selepas ahli OPEC gagal untuk menentukan tarikh pertemuan mereka. Ini telah meningkatkan ketidaktentuan ke atas perjanjian pembekuan pembekalan untuk setakat ini. Selain itu, harga emas didagang secara berayun berdekatan $1,339.67 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

16:00                     EUR                       ECB President Draghi Speaks

22:00                     GBP                       BoE Gov Carney Speaks

22:00                     EUR                       ECB President Draghi Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German PPI (MoM) (May) 0.5% 0.1%
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jun) 8.2 6.0
17:00 EUR – CPI (YoY) (May) 1.2% 1.2%
20:30 USD – Building Permits (May) 1.290M 1.296M
04:30

(18hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 4.850M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 97.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 97.05, 97.50

Tahap sokongan: 96.80, 96.35

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.2630. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2515.

 

Tahap rintangan: 1.2630, 1.2745

Tahap sokongan: 1.2515, 1.2425

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1335

Tahap sokongan: 1.1220, 1.1150

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 108.70. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 108.50.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.15

Tahap sokongan: 108.50, 108.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6850. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6850.

 

Tahap rintangan: 0.7020, 0.7210

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6700

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6485. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6555, 0.6600

Tahap sokongan: 0.6485, 0.6450

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3420. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3420, 1.3445

Tahap sokongan: 1.3375, 1.3340

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0040

Tahap sokongan: 0.9975, 0.9945

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 53.00. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek ke arah 51.60.

 

Tahap rintangan: 53.00, 54.45

Tahap sokongan: 51.60, 50.55

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Walaupun MACD telah membentuk isyarat bullish, pemecahan dari 1340.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1340.00, 1345.00

Tahap sokongan: 1332.00, 1321.00