18 Julai 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. berputus asa selepas Trumpcare gagal.
Dolar A.S. menerima tekanan menjual yang ketara pada hari Selasa selepas berita melaporkan bahawa Senat Republikan telah menolak rang undang-undang penjagaan kesihatan Presiden Donald Trump sekali lagi. Sebahagian besar dari rang undang-undang tersebut dilihat sebagai ujian litmus untuk keupayaan perundangan Trump dan isyarat kegagalan baru-baru ini mencadangkan bahawa beliau bakal mengalami kesukaran untuk meluluskan undang-undang yang dinanti-nantikan seperti penggubalan sistem cukai dan pembaharuan perbelanjaan fiskal. Berita tersebut telah dilepaskan selepas beberapa data sebelum ini mencadangkan kelembapan pada tekanan inflasi yang boleh menghalang Bank Pusat A.S. dari meningkatkan kadar faedah mereka di dalam tahun ini. Justeru itu, indeks dolar telah menurun sebanyak 0.33% dan disebut niaga berhampiran 94.54. Di rantau yang lain, kiwi telah susut sedikit berikutan dengan pembebasan bacaan inflasi terkini. Bagi suku kedua, CPI kekal rata dengan 0.0%, tersasar daripada jangkaan untuk meningkat sebanyak 0.2%. Data yang lebih lemah ini telah mengakibatkan sedikit penjualan pada kiwi dengan pasangan NZD/USD susut 0.20% ke $0.7304.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.24% ke $46.13 manakala para pelabur akan memantau laporan terkini mengenai stok simpanan minyak di A.S. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.38% ke $1,237.54 berikutan dengan prospek yang lebih rendah terhadap kenaikan kadar dan pentadbiran Trump.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
21:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 06:45 | NZD – CPI (QoQ) (Q2) | 1.0% | 0.2% | 0.0% |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (Jun) | 2.9% | 2.9% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) | 18.6 | 18.0 | – |
| 20:30 | USD – Import Price Index (MoM) (Jun) | -0.3% | -0.2% | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -8.130M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3050. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan GBPUSD untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1.3110.
Tahap rintangan: 1.3110, 1.3165
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2990
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas saluran menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Pemecahan pada tahap rintangan 1.1550 akan mencadangkan EURUSD lebih cenderung untuk melanjutkan kenaikannya.
Tahap rintangan: 1.1550, 1.1600
Tahap sokongan: 1.1485, 1.1420
NZDUSD

NZDUSD, H1: NZDUSD telah melonjak secara mendadak selepas ia melantun dari tahap Fibonacci 61.8 di 0.7265 dan kini sedang menguji di tahap rintangan 0.7345. Penutupan niaga di atas tahap tersebut akan mencadangkan NZDUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran di 0.7365.
Tahap rintangan: 0.7345, 0.7365
Tahap sokongan: 0.7325, 0.7300
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 112.30. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran di 111.65
Tahap rintangan: 112.30, 113.15
Tahap sokongan: 111.65, 111.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari tahap sokongan 46.15. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 46.50 akan mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan ke paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 46.50, 46.90
Tahap sokongan: 46.15, 45.65
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1230.00. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang emas sebelum ini mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan di 1240.20.
Tahap rintangan: 1240.20, 1246.75
Tahap sokongan: 1230.00, 1220.00