19 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar meningkat selepas sterling menjunam.
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain selepas penjualan yang besar pada pound sterling telah membantu mengurangkan kerugian daripada data sektor perumahan US yang lebih suram. Semalaman, pound sterling telah melanjutkan kerugiannya selepas data inflasi UK yang suram telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap Bank Pusat England (BoE) untuk meningkatkan kadar faedah. Menurut kepada Office for National Statistics, Indeks Harga Pengguna (CPI) telah memberi bacaan sebanyak 2.4%, lebih daripada ramalan iaitu 2.6% untuk bulan Jun. Terdahulu, para pelabur membuat spekulasi bahawa BoE akan meningkatkan kadar pada bulan Ogos memandangkan ahlinya meluahkan kekhuatiran mereka terhadap tekanan inflasi yang makin meningkat. Penurunan yang dialami oleh sterling telah membantu mengurangkan kerugian pada dolar selepas data Building Permits dari AS memaparkan penurunan sebanyak -12.3%, pengecutan yang lebih tinggi daripada ramalan iaitu -2.2% bagi bulan Jun. Namun, para peserta pasaran tidak memberi reaksi kepada testimoni hari kedua oleh Pengerusi Fed Jerome Powell selepas beliau gagal untuk memberi petunjuk baru mengenai dasar monetari. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.15% ke 94.80 sementara pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.54% ke paras rendah 10 bulan di $1.3001.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.12% ke $68.92 setong selepas EIA melaporkan peningkatan pada stok minyak AS sebanyak 5.836 juta tong pada minggu lepas, tersasar daripada jangkaan untuk menurun sebanyak 3.622 juta tong. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.07% ke $1,226.67 susulan dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Employment Change (Jun) | 12.0K | 16.7K | – |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) | 1.3% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 214K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) | 19.9 | 21.6 | – |
| 20:30 | USD – Philly Fed Employment (Jul) | 30.4 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan pemulihannya selepas ia mencecah paras rendah 10 bulan berhampiran 1.3000. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih berpihak kepada bearish.
Tahap rintangan: 1.3130, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3070, 1.3000
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pemulihannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1665.
Tahap rintangan: 1.1665, 1.1680
Tahap sokongan: 1.1620, 1.1590
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah garisan trend menaik berhampiran 112.60.
Tahap rintangan: 113.25, 114.15
Tahap sokongan: 112.60, 112.10
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 66.55. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan bias bullish. Namun, pemecahan dari sasaran 67.90 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 67.90, 69.30
Tahap sokongan: 66.55, 65.90
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari 1228.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat menaik mencadangkan harga komoditi ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1226.50.
Tahap rintangan: 1228.55, 1233.70
Tahap sokongan: 1226.50, 1222.00