18 Julai 2018 Analisis Harian
Powell yang hawkish mengakibatkan lantunan dolar.
Dolar AS telah melantun semasa sesi dagangan Amerika Utara pada semalam susulan dengan kenyataan yang hawkish dari Pengerusi Bank Pusat Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell mengenai penilaian beliau terhadap ekonomi AS. Beliau juga memberi isyarat untuk mengikuti rancangan terdahulu dalam meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran bagi tahun ini. Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.50% ke paras 94.68 semasa awal sesi dagangan Asia. Semasa kesaksiannya yang berlangsung setiap setahun setengah, Powell berpendapat bahawa “cara terbaik untuk melangkah ke hadapan” adalah dengan meningkatkan kadar faedah sementara pasaran pekerjaan makin mengukuh dan kadar inflasi melebihi sasaran Fed iaitu 2%. Selain itu, Powell juga mengulas kembali komen Fed baru-baru ini dengan memberi isyarat untuk mempunyai dua lagi kenaikan kadar bagi separuh tahun yang kedua. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada kesaksian beliau di hadapan House of Financial Services Committee pada malam nanti untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai dasar monetari masa depan. Bagi rantau yang lain, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.03% ke $1.3106 selepas bil Brexit dari Perdana Menteri Theresa May berkemungkinan untuk menghadapi cabaran di Parlimen.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.18% ke $67.75 setong selepas para pelabur membuat spekulasi ke atas data stok simpanan minyak malam ini yang berkemungkinan untuk memaparkan penurunan. Sebaliknya, harga emas menjunam sebanyak 0.95% ke $1,227.37 se troy auns selepas Pengerusi Fed Jerome Powell memberikan retorik yang hawkish.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (Jun) | 2.4% | 2.6% | – |
| 17:00 | EUR – CPI (YoY) (Jun) | 2.0% | 2.0% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Jun) | 1.301M | 1.330M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -12.633M | -3.622M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -0.694M | -0.044M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah keluar dari tahap sokongan 1.3130. Namun, MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan aliran bearish.
Tahap rintangan: 1.3130, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3070, 1.3000
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1680. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1715
Tahap sokongan: 1.1645, 1.1620
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecah keluar dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 112.60. MACD histogram yang mula membentuk corak silang bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 113.25.
Tahap rintangan: 113.25, 114.15
Tahap sokongan: 112.60, 112.10
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang di dalam fasa berayun selepas ia memecah keluar dari tahap sokongan 67.90 sebelum ini. Oleh kerana MACD mula membentuk corak silang bullish, harganya dijangka untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan trend bearish utama.
Tahap rintangan: 67.90, 69.30
Tahap sokongan: 65.90, 64.70
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran sisi. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan trend bearish utama.
Tahap rintangan: 1233.70, 1238.40
Tahap sokongan: 1226.50, 1220.20