18 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
AUD meningkat, pemotongan kadar ditangguhkan?
Dolar Australia telah meneruskan kenaikannya semasa sesi Asia walaupun data terkini memaparkan isyarat yang bercampuran mengenai pasaran pekerjaan mereka. Bagi bulan Jun, ekonomi Australia telah menjana sebanyak 21.1K posisi sepenuh masa, lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya iaitu 2.4K. Namun, posisi sambilan telah mengalami penurunan sebanyak 20.6K selepas ia meningkat sebanyak 39.8K bagi bulan terdahulu. Sementara itu, kadar pengangguran masih stabil di paras 5.2%. Secara keseluruhannya, para pelabur masih memasuki ke dalam pasaran AUD susulan dengan kelemahan dolar AS yang berpunca dari data perumahan yang suram. Selain itu, peningkatan pada bilangan posisi sepenuh masa telah mengurangkan spekulasi terhadap Bank Pusat Australia (RBA) untuk memotong kadar faedah pada bulan hadapan. Terdahulu, RBA telah memotong kadar faedah pada bulan Mei dan Jun dan mereka di dalam jangkaan untuk melaksanakan satu lagi pemotongan pada suku keempat tahun 2019. Selain itu, Yen Jepun menerima permintaan yang lebih tinggi susulan dengan pembebasan data ekonomi pada pagi tadi. Bagi bulan Jun, Trade Balance telah memberi bacaan surplus yang lebih tinggi sebanyak 589.5 bilion, lebih baik daripada ramalan iaitu 420.0 bilion. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.31% ke 0.7030 sementara USD/JPY susut sebanyak 0.19% ke 107.73.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.41% ke $56.79 setong. Harga minyak telah menjunam secara mendadak pada semalam selepas laporan terkini dari Energy Information Administration memaparkan peningkatan stok minyak yang tinggi di AS. Selain itu, harga emas telah susut sebanyak 0.26% ke $1,422.57 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) | -0.5% | -0.3% | – |
| 20.30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) | 0.3 | 5.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji berdekatan garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas penutupan niaga di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 97.10, 97.50
Tahap sokongan: 96.50, 96.20

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2435. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1.2435.
Tahap rintangan: 1.2435, 1.2500
Tahap sokongan: 1.2370, 1.2300

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1245. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1245, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1210, 1.1170

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 107.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 107.40.
Tahap rintangan: 107.75, 108.20
Tahap sokongan: 107.40, 106.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7030. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.7030.
Tahap rintangan: 0.7030, 0.7055
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6965

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 0.6780.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6660

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3050. Namun, MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1.3095.
Tahap rintangan: 1.3095, 1.3135
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2990

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9880. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9840.
Tahap rintangan: 0.9880, 0.9925
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 56.85. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 56.85.
Tahap rintangan: 56.85, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1424.05. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan penurunnya dan menuju ke arah 1403.00.
Tahap rintangan: 1424.05, 1436.35
Tahap sokongan: 1403.00, 1383.60