18 Ogos 2017 Analisis Harian
Fed berjaga-jaga, dolar A.S. menerima tekanan.
Dolar A.S. menstabilkan posisi semasa sesi dagangan Asia pada hari Jumaat ditengah-tengah data serantau yang lebih ringan pada hari ini. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.08% dan disebut niaga berhampiran 93.56. Semalaman, dolar A.S. meneruskan kenaikannya berikutan dengan sepasangan doket ekonomi yang optimistik. Data tersebut memberi isyarat kepada kekukuhan ekonomi dan berada di dalam landasan untuk mencatat pertumbuhan suku ketiga yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, bias menaik pada dolar A.S. adalah masih terhad selepas dua ahli Bank Pusat A.S. (Fed) memberikan sentimen yang lebih pesimis. Presiden Fed Dallas Robert Kaplan berpendapat bahawa indeks harga barangan perlu mencapai sasaran 2% bagi menyokong kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Sementara itu, Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari mengulas bahawa beliau tidak melihat kesegeraan dalam meningkatkan kadar faedah untuk tempoh masa yang terdekat ini. Bagi rantau yang lain, euro berlegar berhampiran $1.1725 sementara minit mesyuarat dari Bank Pusat Eropah memetik kebimbangan mengenai kekuatan mata wang tunggal tersebut. Mereka juga menegaskan bahawa prestasi ekonomi yang mantap tidak harus diambil kira secara ringan oleh kerana ia masih bergantung kepada sokongan dari dasar kewangan yang longgar.
Bagi aspek komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.08% ke $47.05 berikutan dengan kelebihan stok global yang masih berlarutan selepas pengeluaran harian di A.S. makin meningkat. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.14% ke $1,288.24 berikutan dengan sentimen dovish yang digambarkan oleh pegawai Fed.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:15 USD FOMC Member Kaplan Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Jul) | 0.1% | 0.1% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug) | 93.4 | 94.0 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 768 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan berhampiran 1.2900. Namun, pembentukan corak candlestick inverted hammer mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek untuk GBPUSD menuju ke sasaran 1.2900.
Tahap rintangan: 1.2900, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2850, 1.2790
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.1720 mencadangkan bias menurun kepada EURUSD untuk menuju ke sasaran berikut di 1.1650.
Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840
Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya berikutan dengan kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas pembentukan silang kematian. Isyarat dari garisan MA tersebut mencadangkan bias menurun kepada USDJPY untuk menuju ke sasaran berikut di 109.20.
Tahap rintangan: 109.55, 109.80
Tahap sokongan: 109.20, 108.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 46.45. Pergerakan harga ini mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih cenderung kepada bias menurun.
Tahap rintangan: 47.30, 47.90
Tahap sokongan: 46.45, 46.00
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1282.00. Penunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan dan menguji semula di tahap 1292.05.
Tahap rintangan: 1292.05, 1300.00
Tahap sokongan: 1282.00, 1271.90