83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 September 2020                           Analisis Sesi Pagi

 

Pound sterling melonjak susulan isyarat hawkish.

Pound sterling telah melantun dari paras sesi rendah pada semalam selepas Bank Pusat England (BoE) mengumumkan keputusan kadar faedahnya. BoE telah mengekalkan kadar di paras 0.10% dan sasaran pembelian asetnya di £745 bilion. Mereka juga memberi isyarat untuk menyelaraskan dasar kewangannya bagi menyokong pemulihan ekonomi sekiranya diperlukan. Bank pusat tersebut juga menyatakan bahawa data ekonomi UK bagi tempoh kebelakangkan ini menyokong keperluan tetapan dasar kewangan yang digunakan untuk setakat ini. Walaupun mereka mempunyai jangkaan tinggi terhadap pemulihan ekonomi yang lebih pantas, BoE telah membuka ruang kepada kadar faedah negatif dan pengenalan langkah dasar kewangan yang lebih lanjut bagi memberi sokongan kepada ekonomi sekira berlakunya gelombang kedua penularan koronavirus. Namun, kenaikan pada pound sterling adalah terhad sementara para pelabur memantau rundingan Brexit diantara UK dan EU. Para pelabur khuatir bahawa kegagalan UK untuk memperoleh perjanjian perdagangan bersama EU sebelum tarikh akhir Brexit bakal mendorong kepada pergolakan ekonomi yang akan menjejaskan kedua-dua negara. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2974 sementara indeks dolar menurun sebanyak 0.32% ke 92.86.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.02% ke $41.00 setong. Harga niaga hadapan minyak masih menerima sokongan bullish selepas analisa cuaca mendapati dua ribut taufan berhampiran dengan perairan Selatan Gulf of Mexico yang berkemungkinan untuk menjadi puting beliung di dalam tempoh 48 yang akan datang. Ini akan memanjangkan lagi penutupan hab penapisan minyak di sepanjang perairan tersebut serta mendorong kepada kekurangan pembekalan bagi jangka pendek. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $1,945.53 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (Aug) 0.7% 3.6%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) 0.5% 15.7%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 92.75.

 

Tahap rintangan: 93.00, 93.10

Tahap sokongan: 92.75, 92.50

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 1.2985. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2985, 1.3030

Tahap sokongan: 1.2930, 1.2875

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1900, 1.1995

Tahap sokongan: 1.1840, 1.1800

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 104.80, 105.30

Tahap sokongan: 104.50, 104.20

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.7330, 0.7340

Tahap sokongan: 0.7300, 0.7275

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas pemecahan di 0.6785.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6510

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.3155. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3155, 1.3195

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9110, 0.9145

Tahap sokongan: 0.9050, 0.9005

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 41.30. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan di 41.30.

 

Tahap rintangan: 41.30, 41.90

Tahap sokongan: 40.70, 39.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1966.00, 1990.40

Tahap sokongan: 1941.70, 1925.00