83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 September 2020                           Analisis Sesi Petang

 

Yen berundur susulan data CPI.

Semasa sesi Asia lewat, mata wang Yen Jepun yang selamat didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah berundur dari keuntungannya berikutan dengan penurunan dalam data CPI Jepun. Menurut kepada Biro Statistik Jepun, CPI Nasional Jepun telah jatuh ke 0.2%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran. Berdasarkan dengan data yang lemah tersebut, Yen Jepun telah menyerahkan semula sesetengah keuntungannya. Namun, oleh kerana data lemah yang lain dari AS dan keputusan dasar dari Fed baru-baru ini, kerugian lebih lanjut bagi mata wang yang selamat tersebut mungkin akan terhad. Pada mesyuarat dasar hari Rabu, Fed berjanji untuk mengekalkan kadar mendekati tahap sifar sehingga pasaran buruh mencapai “pekerjaan yang maksimum” dan inflasi berada di landasan untuk “melebihi” sasaran 2%, dengan kebanyakan penggubal dasar melihat kadar dikekalkan sekurang-kurangnya kepada 2023. Dari segi data, tuntutan pengangguran AS kekal tinggi pada 860,000, sementara kedua-dua data Housing Starts dan indeks perniagaan Philadelphia Fed telah jatuh. Pada masa penulisan, USD/JPY meningkat sebanyak 0.09% kepada 104.83.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya dan meningkat sebanyak 0.06% kepada $ 41.21 setong semasa penulisan berikutan dengan Menteri Arab Saudi memberi amaran kepada para pelabur agar tidak berjudi dalam menentang pakatan tersebut. Putera Abdulaziz bin Salman yang memutuskan dasar tenaga negara pengeluar minyak paling berpengaruh di dunia menyatakan bahawa beliau akan membuat pasaran minyak gelisah dan memberi amaran kepada sesiapa yang berjudi di pasaran minyak akan mengalami kesakitan. Selain itu, Putera Salman juga berusaha dalam memastikan bahawa semua anggota dalam OPEC akan menebus kuota pengeluaran. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.39% kepada $1951.30 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah dolar yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – Retail Sales (Aug) 0.7% 3.6%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) 0.5% 15.7%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 92.05.

 

Tahap rintangan: 93.85, 95.70

Tahap sokongan: 92.05, 90.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3005. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2810.

 

Tahap rintangan: 1.3005, 1.3165

Tahap sokongan: 1.2810, 1.2660

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1875. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1875, 1.1965

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1700

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 104.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 105.20.

 

Tahap rintangan: 105.20, 106.20

Tahap sokongan: 104.35, 103.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7295. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7385.

 

Tahap rintangan: 0.7385, 0.7460

Tahap sokongan: 0.7295, 0.7200

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6775. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6775.

 

Tahap rintangan: 0.6775, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6685, 0.6595

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3115.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3115, 1.2995

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9125. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.8985.

 

Tahap rintangan: 0.9125, 0.9225

Tahap sokongan: 0.8985, 0.8880

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 41.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 39.00.

 

Tahap rintangan: 41.35, 43.95

Tahap sokongan: 39.00, 36.65

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1970.55.

 

Tahap rintangan: 1970.55, 2016.10

Tahap sokongan: 1908.55, 1857.95