18 Oktober 2017 Analisis Harian
Bakal Pengerusi Fed lebih hawkish, Greenback kekal disokong.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berbanding dengan sekumpulan mata wang utama dengan mencapai kenaikan sebanyak 0.12% ke 93.36. Kenaikan Greenback adalah disokong oleh data ekonomi yang mengatasi jangkaan, seterusnya ia melambangkan kekukuhan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja, harga import A.S. mencatatkan keuntungan terbesar pada bulan September dengan peningkatan sebanyak 0.7% berbanding dengan jangkaan peningkatan sebanyak 0.5%. Selain itu, pemulihan pengeluaran dan utiliti selepas kesan ribut taufan Harvey dan Irma juga mendorong kepada kenaikan pengeluaran industri dan pengeluaran pembuatan di A.S, dengan mencatat keuntungan sebanyak 0.3% dan 0.1% masing-masing. Peningkatan Greenback seterusnya dipertingkatkan berikutan laporan bahawa Presiden Donald Trump yang lebih cenderung kepada pemilihan John Taylor, salah seorang calon yang lebih hawkish sebagai pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed). Pelepasan berita tersebut justeru meningkatkan sentimen para pelabur terhadap Fed untuk mengambil tindakan yang lebih agresif terhadap dasar monetari pada masa hadapan. Sebaliknya, EUR/USD menurun sebanyak 0.32% berikutan kegagalan indeks German ZEW yang menunjukkan kenaikan kepada 17.6, tersasar daripada jangkaan untuk mencapai kenaikan sebanyak 20.0.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah mengaut keuntungan sebanyak 0.40% kepada $52.09 setong selepas Institut Petroleum Amerika (API) menyatakan bahawa inventori minyak mentah telah berkurang sebanyak 7.130 juta tong berbanding dengan jangkaan untuk menurun sebanyak 3.097 juta tong. Selain itu, harga emas mencatat kerugian sebanyak 1.18% kepada $1286.72 se troy auns semalaman berikutan dengan kenaikan Greenback yang mendadak selepas ia disokong oleh data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan serta sentimen para pelabur yang semakin meningkat terhadap bakal pengerusi Fed untuk bersifat lebih hawkish terhadap dasar monetari.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:10 EUR ECB President Draghi Speaks
20:00 USD FOMC Member Dudley Speaks
20:00 USD FOMC Member Kaplan Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:30 | AUD – NAB Quarterly Business Confidence | 7 | – | – |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index + Bonus (Aug) | 2.1% | 2.1% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | -2.8K | 1.0K | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Sep) | 1.300M | 1.245M | – |
| 20:30 | USD – Housing Starts (MoM) (Sep) | -0.8% | -0.5% | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Aug) | -2.6% | -0.3% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -2.747M | -1.991M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3150. Pembentukan pin bar dan silang keemasan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk berdagang dengan lebih tinggi. Namun, pemecahan ke atas garisan 200-MA diperlukan bagi pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke arah tahap rintangan di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3300
Tahap sokongan: 1.3150, 1.3020
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.1735. Pembentukan pin bar dan positive divergence yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan momentum untuk berdagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan pada garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 1.1815, 1.1870
Tahap sokongan: 1.1735, 1.1680
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia gagal memecah tahap rintangan di 112.35 dan rintangan pada garisan 200-MA. Susunan candlestick yang lebih bearish dan pembentukan negative divergence yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke arah tahap sokongan di 112.00.
Tahap rintangan: 112.35, 112.70
Tahap sokongan: 112.00, 111.65
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah berdagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 51.65. Pemecahan ke atas tahap rintangan di 52.40 diperlukan bagi harga minyak mentah untuk meneruskan momentum bagi berdagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan yang seterusnya di 53.00.
Tahap rintangan: 52.40, 53.00
Tahap sokongan: 51.65, 51.35
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1283.40. Pembentukan pin bar dan silang keemasan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada harga emas untuk berdagang dengan lebih tinggi untuk menguji rintangan di garisan 200-MA.
Tahap rintangan: 1290.20, 1297.60
Tahap sokongan: 1283.40, 1278.35