18 November 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS susut selepas sektor pembuatan mengecut.
Dolar AS telah melanjutkan penurunannya pada hari Jumaat yang lepas selepas data ekonomi memaparkan pengecutan di dalam sektor pembuatan di AS bagi bulan lepas. Menurut kepada laporan terkini dari Bank Pusat AS, sektor pembuatan bagi bulan Oktober menurun ke paras 0.6%, pengecutan yang tertinggi semenjak Mei 2018. Sementara itu NY Empire State Manufacturing Index menurun dari 5.0 ke 2.9 seperti di dalam jangkaan. Penyusutan pada aktiviti sektor pembuatan telah mencetuskan kebimbangan ke atas momentum ekonomi AS susulan dengan impak perang perdagangan yang makin menimbul. Namun, kerugian pada dolar AS adalah terhad selepas data memaparkan bahawa Retail Sales bagi bulan Oktober meningkat sebanyak 0.3%, lebih tinggi berbanding dengan ramalan iaitu 0.2%. Data ini memaparkan bahawa perbelanjaan pengguna adalah masih kukuh walaupun beberapa sektor di dalam AS mengalami penyusutan dari aktivitinya akibat daripada perang perdagangan. Sementara itu, pound sterling telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan perkembangan positif mengenai pilihanraya umum yang bakal diadakan pada 12hb Disember. Menurut kepada Ketua Parti Brexit Nigel Farage, beliau mengumumkan untuk tidak bertanding di 43 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Parti Buruh dan ini telah meningkatkan kadar kemenangan Parti Konservatif. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.17% ke 97.80 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.13% ke 1.2916.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.01% ke $57.86 setong. Niaga hadapan minyak mentah menerima sokongan bullish susulan dengan perkembangan positif mengenai rundingan perdagangan AS-China yang bakal menurunkan risiko kemelesetan pada masa hadapan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1,467.37 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 97.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan.
Tahap rintangan: 97.80, 98.10
Tahap sokongan: 97.60, 97.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.2970.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3035
Tahap sokongan: 1.2880, 1.2820

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1085.
Tahap rintangan: 1.1085, 1.1145
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0965

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.30, 110.55
Tahap sokongan: 108.50, 107.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.6820.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6725

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6405. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6405, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6340

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3125

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan 0.9885. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.9885.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9870

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 58.65, 59.00
Tahap sokongan: 57.40, 56.95

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1483.60, 1515.00
Tahap sokongan: 1442.90, 1410.00