83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Januari 2022                  Analisis Sesi Pagi

 

Kadar hasil Treasury cecah paras tertinggi di dalam 2 tahun.

Dolar AS bakal mencatat prestasi mingguan yang positif di dalam tahun 2022 sementara para pelabur menunggu mesyuarat dasar kewangan dari Federal Reserve pada minggu depan. Untuk beberapa minggu yang lepas, segelintir ahli Fed seperti John Williams dan Mary Daly menegaskan bahawa kadar inflasi semasa adalah terlalu tinggi dan menyeru tindakan yang lebih lanjut bagi mengawal peningkatannya. Peningkatan kes Omicron baru-baru ini dijangka untuk memberi tekanan ke atas rantaian bekalan dan ahli Fed menjangkakan kadar inflasi untuk meningkat berikutan dengan kekurangan bahan mentah dan barangan keperluan. Mereka juga mengulas bahawa pendekatan dasar kewangan semasa adalah tidak mencukupi dan menyeru untuk menukar pendekatan yang diambil. Komen hawkish dari ahli Fed telah mencetuskan spekulasi bahawa Fed berkemungkinan untuk membincang perubahan ke atas strategi dasar kewangan semasa mesyuarat yang akan datang. Justeru, spekulasi tersebut telah mendorong peningkatan kadar hasil Treasury dan memuncak di paras tinggi 2 tahun sebanyak 1.884%. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.03% ke 95.65.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.08% ke $86.20 setong berikutan dengan ketegangan geopolitik di Timur Tengah. Menurut kepada Reuters, kumpulan Houthi telah menyerang trak penghantaran minyak pada semalam dan mengakibatkan 3 kematian. Mereka juga mengancam untuk membuat serangan yang lebih lanjut ke atas kemudahan minyak mentah UAE dan ini bakal menjejaskan pembekalan minyak di dalam tempoh masa yang singkat. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $1,814.12 se troy auns berikutan dengan peningkatan kadar hasil Treasury dan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

22:15                     GBP                                        BoE Gov Bailey Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
15:00 GBP – CPI (YoY) (Dec) 5.10% 5.20%
21:30 USD – Building Permits (Dec) 1.717M 1.701M
21:30 CAD – Core CPI (MoM) (Dec) 0.60%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 95.95, 96.30

Tahap sokongan: 95.45, 95.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.

 

Tahap rintangan: 1.3630, 1.3690

Tahap sokongan: 1.3570, 1.3510

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di tahap sokongannya.

 

Tahap rintangan: 1.1380, 1.1440

Tahap sokongan: 1.1310, 1.1260

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun dari 113.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 115.40, 116.25

Tahap sokongan: 114.55, 113.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.

 

Tahap rintangan: 0.7225, 0.7280

Tahap sokongan: 0.7180, 0.7140

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6740, 0.6700

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 1.2485.

 

Tahap rintangan: 1.2545, 1.2620

Tahap sokongan: 1.2485, 1.2410

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di 0.9165. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9190, 0.9200

Tahap sokongan: 0.9165, 0.9130

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 84.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 87.40, 89.50

Tahap sokongan: 84.60, 82.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 1812.80.

 

Tahap rintangan: 1830.20, 1850.00

Tahap sokongan: 1812.80, 1797.80