83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 April 2017                       Analisis Harian

 

Sterling melonjak selepas May mengumumkan pilihan raya.

Dolar A.S. berlegar berdekatan dengan paras rendah tiga minggu berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas pound sterling melonjak berikutan dengan pengumuman oleh Perdana Menteri British Theresa May untuk mengadakan pilihan raya sebelum rundingan Brexit bermula. Mata wang British tersebut melonjak sehingga ke paras tertinggi di dalam enam bulan selepas May menyatakan bahawa pilihan raya tersebut adalah untuk memastikan “kepimpinan yang kukuh dan stabil” bagi mendorong rundingan dengan Kesatuan Eropah untuk berjalan dengan lancar. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 99.40, tidak jauh dari paras rendah semalaman di 99.31. Selain itu, pound sterling telah mengukuhkan kedudukannya berdekatan dengan $1.2837 berbanding dengan dolar A.S., paras tertinggi sejak awal bulan Oktober. “Keputusan May untuk mengadakan pilihan raya ini telah memberi sokongan kepada sterling. Namun, kita masih mempunyai isu-isu lain di latar belakang seperti Korea Utara dan pilihan raya di Perancis yang boleh mempengaruhi sentimen risiko pasaran,” kata Masafumi Yamamoto, ahli strategi mata wang di Tokyo. Di samping itu, mata wang Amerika Syarikat telah mengalami tekanan yang selanjutnya selepas data Homebuilding dan Manufacturing Output dari A.S. memberikan keputusan yang kurang memuaskan untuk bulan lalu.

 

Mengintip ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.13% ke $52.34 setong pada hari ini selepas bacaan anggaran industri bagi inventori minyak mentah di A.S. menurun kurang daripada jangkaan ekonomis. Walaupun kebimbangan terhadap pemulihan sektor penggerudian di A.S. makin meningkat, sesetengah para pelabur masih yakin bahawa pembekuan pengeluaran oleh OPEC bakal membantu untuk mengimbangi tahap pengeluaran yang makin meningkat di A.S. Pada masa yang sama, harga emas menurun sebanyak 0.34% ke $1,287.32 selepas ketegangan geopolitik di Semenanjung Korea mula menyusut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – CPI (YoY) (Mar) 1.5% 1.5%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -2.166M -1.470M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit baru-baru ini, mencadangkan pertukaran kepada arah aliran untuk menaik selanjutnya. Merujuk kepada petunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat dan momentum menaik, GBPUSD dicadangkan untuk melanjutkan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.2900.

 

Tahap rintangan: 1.2900, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2700, 1.2500

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecah keluar dari paras atas segi tiga meningkat, mencadangkan pertukaran kepada arah aliran untuk menaik selanjutnya. Namun, ia berundur dari paras tinggi baru-baru ini mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk menaik selanjutnya oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat dan momentum menaik.

 

Tahap rintangan: 1.0735, 1.0775

Tahap sokongan: 1.0645, 1.0570

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga meningkat dan kini sedang menguji berdekatan dengan paras bawah segi tiga tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan daripada paras ini akan mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek selepas itu.

 

Tahap rintangan: 108.55, 108.80, 109.20

Tahap sokongan: 108.30, 108.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan ia telah didagang dengan lebih rendah baru-baru ini selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.80. Kedua-dua garisan moving average yang masih melebarkan jarak sambil menuju ke arah bawah selepas pembentukan corak silang kematian mencadangkan harga minyak mentah untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan 52.60.

 

Tahap rintangan: 52.80, 53.00

Tahap sokongan: 52.60, 52.40

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah kedua-dua garisan moving average baru-baru ini mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1283.90.

 

Tahap rintangan: 1288.50, 1295.35

Tahap sokongan: 1283.90, 1276.85