83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Dolar A.S. diselamatkan selepas data ekonomi yang kukuh.

                Yen Jepun menerima permintaan yang lebih tinggi semasa sesi dagangan Asia pada hari Jumaat selepas para pelabur mengambil langkah untuk mengurangkan risiko berikutan dengan pergolakan politik di Brazil baru-baru ini. Pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.26% dan bertukar tangan di 111.21. Saham di Brazil menjunam sebanyak 8.8% selepas skandal yang melibatkan presiden baru mereka, Michel Temer didakwa untuk memberikan kebenaran bagi membayar saksi dengan rasuah untuk berdiam diri di dalam siasatan rasuah yang terbesar di dalam negara mereka. Di rantau yang lain, dolar A.S. telah ditawarkan dengan lebih tinggi berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas data ekonomi yang lebih baik telah mengimbangi risiko politik yang menyelubungi Presiden Donald Trump baru-baru ini. Dolar berjaya untuk menghentikan kerugian sebanyak lima hari berturut-turut selepas Initial Jobless Claims dan data pembuatan memberikan bacaan yang optimistik. Walaupun data yang kukuh tersebut telah mengalihkan tumpuan pelabur dari saga politik di Washington, jangkaan pasaran bagi kenaikan kadar faedah pada bulan Jun telah menyusut ke paras 63% berbanding dengan sebelumnya yang berlegar berhampiran 80%.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 15 sen ke $49.50 selepas prospek para pelabur terhadap lanjutan pelan pembekuan diantara para pengeluar yang utama makin meningkat. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.14% ke $1,248.89 berikutan dengan pemulihan dolar A.S. seiring dengan data ekonomi yang lebih positif.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German PPI (MoM) (Apr) 0.0% 0.2%
20:30 CAD – Core CPI (MoM) (Apr) 0.3%
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) -0.1% 0.2%
01:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 712

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah tahap sokongan 1.2925 akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya dan menguji di paras bawah saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2985, 1.3045

Tahap sokongan: 1.2925, 1.2865

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi sebelumnya di 1.1170. Petunjuk MACD histogram mula memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya menguji berdekatan dengan tahap sokongan 1.1080.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1250

Tahap sokongan: 1.1080, 1.1020

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 110.50 dan kini sedang menguji untuk memecahkan tahap sokongan 111.25. Pemecahan pada tahap 111.25 akan mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya dan menguji semula di tahap sokongan 110.50.

 

Tahap rintangan: 112.00, 112.90

Tahap sokongan: 111.25, 110.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Ia dicadangkan untuk menaik selanjutnya ke paras atas saluran tersebut selepas ia memecahkan tahap rintangan 49.90.

 

Tahap rintangan: 49.90, 51.60

Tahap sokongan: 48.75, 47.55

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap Fibonacci 61.8 di 1264.35. Oleh kerana kedua-dua garisan moving average masih melebarkan jarak dan menuju ke atas selepas pembentukan corak silang emas, lantunan dari garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1254.75.

 

Tahap rintangan: 1254.75, 1264.35

Tahap sokongan: 1245.15, 1233.30