83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Jun 2017                 Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Jun 19 – 23

Kajian Pasaran (Forex): Jun 12 – 16

Dolar A.S.

Dolar A.S. ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain pada Jumaat lalu selepas data ekonomi mengenai sektor perumahan dan sentimen pengguna telah menyokong prospek untuk kenaikan kadar yang lebih lambat dari Bank Pusat A.S.

 

Data pembinaan perumahan telah menurun untuk minggu ketiga berturut-turut bagi bulan Mei sehingga ke paras rendah di dalam lapan bulan mencadangkan bahawa kelembapan dalam pembinaan berkemungkinan untuk menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua. Di dalam laporan yang berlainan, University of Michigan telah melaporkan bahawa sentimen pengguna bagi bulan Jun menurun ke paras 94.5 dari 91.1 pada bulan Mei. Para pelabur meramalkan bacaan sebanyak 97.1.

 

Terdahulu, dolar A.S. melantun kembali dan mencecah paras tinggi dua minggu pada hari Khamis selepas Bank Pusat A.S. meningkatkan kadar faedah mereka sambil mengekalkan pandangan untuk meneruskan kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun nanti. Tambahan pula, bank tersebut telah memberikan butiran untuk mengurangkan penyata imbangan sebanyak $4.5 trilion.

 

Walaupun ia memberikan isyarat yang lebih agresif, para peserta pasaran masih kekal ragu akan kemampuan bank tersebut untuk meningkatkan kadar faedah oleh kerana beberapa siri data ekonomi yang mengecewakan di dalam tempoh kebelakangan ini.

 

 

US Building Permits

—– Ramalan

Bilangan permit pembangunan telah susut ke paras 1.168 juta pada bulan Mei.

 

US Consumer Sentiment

—– Ramalan

Sentimen para pengguna telah menurun ke paras 94.5 bagi bulan Jun.

 

 

US Fed Funds Rate

—– Ramalan

Kadar faedah di A.S. telah meningkat sebanyak 25 mata asas ke 1.25%.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY didagang secara tidak berubah di 110.91 pada sesi dagangan lewat Jumaat lalu.

 

 

EUR/USD

Euro meningkat sebanyak 0.46% ke $1.1197 berbanding dengan dolar A.S. selepas 19 menteri kewangan dari zon Eropah bersetuju untuk meminjam sebanyak €8.5 bilion kepada Greece untuk membantunya dari krisis kewangan.

 

 

GBP/USD

Sterling ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.18% ke $1.2780 pada Jumaat lalu. Ia masih kekal disokong oleh prospek yang lebih tinggi untuk Bank Pusat England menukarkan pandangan terhadap kadar faedah yang rendah oleh kerana beberapa ahlinya telah mengundi untuk meningkatkan kadar pada Khamis lalu.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Jun 12 – 16

GOLD

Harga emas menutup niaganya dengan lebih tinggi pada hari Jumaat namun masih melaporkan kerugian untuk minggu kedua selepas Bank Pusat A.S. meningkatkan kadar faedah mereka dan mengekalkan pandangannya untuk satu lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun ini. Harganya telah meningkat sebanyak 0.2% dan menutup minggu lalu di $1.256.50 se auns selepas ia mencecah paras rendah sejak 24hb Mei di $1,252.70 pada Khamis lalu. Untuk minggu tersebut, ia telah mengalami kerugian sebanyak $13.20 atau 1.2%. Sementara itu, Fed Rate Monitor Tool menunjukan bahawa kemungkinan bagi kenaikan kadar pada bulan September dan Disember berada di 15% dan 35% masing-masing.

 

Secara kesimpulannya, harga emas dan dolar bergerak dengan arah bertentangan di mana dolar yang lebih lemah akan meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset alternatif bagi pelabur yang menggunakan mata wang selain daripada dolar. Tambahan pula, harga emas adalah sensitif terhadap kenaikan kadar faedah di mana ia akan meningkatkan kos pegangan pada aset tersebut sebagai aset yang tidak berhasil.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meningkat sedikit pada Jumaat lalu namun masih mencatat kerugian bagi minggu keempat selepas para peserta pasaran kekal pesimis akan kenaikan aktiviti penggerudian di A.S. dengan latar belakang di mana para pengeluar yang lain sedang berusaha untuk mengurangkan pengeluaran mereka dan mengimbangi harganya semula. Harganya meningkat sebanyak 0.6% ke $44.74 setong. Bagi minggu tersebut, ia telah mencatat kerugian sebanyak $1.13 atau 2.4%.

 

Para pelabur bimbang bahawa lantunan dari sektor penggerudian di A.S. berkemungkinan untuk menjejaskan usaha para pengeluar yang lain dalam mengurangkan kelebihan stok yang telah menghantui pasaran tersebut sejak dua tahun yang lalu. Data dari pembekal servis Baker Hughes melaporkan bahawa pelantar minyak yang aktif telah meningkat sebanyak 6 dan jumlahnya berada di 747, paras yang tertinggi sejak April 2015.

 

Pada bulan lalu, ahli dan bukan ahli OPEC telah melanjutkan pelan untuk mengurangkan pengeluaran harian sebanyak 1.8 bilion sehingga Mac 2018. Namun, pelan tersebut masih tidak memberi kesan yang ketara kepada paras stok simpanan global yang masih meningkat oleh kerana pengeluar seperti Libya, Nigeria dan A.S. masih meningkatkan paras pengeluaran mereka.


 

U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 6 dan jumlah keseluruhan kini di paras 747.

 

 

Pandangan Mingguan: Jun 19 – 23

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada kenyataan dari ahli Bank Pusat A.S. bagi mendapatkan isyarat mengenai pandangan dasar kewangan. Di Eropah, pelabur akan menunggu permulaan rundingan Brexit diantara Britain dan EU. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan kepada data aktiviti perniagaan di zon Eropah bagi mendapatkan isyarat mengenai prestasi sektor pembuatan dan perkhidmatan.

 

Bagi pelabur minyak, mereka akan memberi fokus kepada data terbaru dari A.S. mengenai stok simpanan minyak pada hari Selasa dan Rabu untuk melihat kekukuhan permintaan dari negara yang mempunyai permintaan terbesar bagi komoditi minyak. Selain itu, mereka juga akan memberi fokus kepada ulasan dari para pengeluar untuk melihat kadar pematuhan mereka terhadap pelan untuk mengurangkan pengeluaran.

 

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Jun 19 – 23

 

Isnin, Jun 19  

Data

JPY – Trade Balance (May)

 

Acara

USD – FOMC Member Dudley Speaks

 

Selasa, Jun 20  

Data

Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes

GBP – BoE Gov Carney Speaks

USD – FOMC Member Rosengren Speaks

USD – FOMC Member Stanley Fischer Speaks

USD – FOMC Member Kaplan Speaks

 

Rabu, Jun 21  

Data

GBP – Public Sector Net Borrowing (May)

USD – Existing Home Sales (May)

Crude Oil – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Jun 22  

Data

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

USD – Initial Jobless Claims

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr)

 

Acara

NZD – RBNZ Rate Statement

 

 

Jumaat, Jun 23

 

 

Data

EUR – German Manufacturing PMI (June)

CAD – Core CPI (MoM) (May)

USD – New Home Sales (May)

Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

USD – FOMC Member Bullard Speaks

USD – FOMC Member Mester Speaks

USD – FOMC Member Powell Speaks

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: Jun 19 – 23

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas lingkungan di 97.65. Petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menurun mencadangkannya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi lingkungannya di 96.55 atau 97.65.

 

Tahap rintangan: 97.65, 98.60

Tahap sokongan: 96.55, 95.55


 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit dan kini masih menguji berdekatan dengan tahap rintangan 1.2795. Stochastic Oscillator yang mula membentuk isyarat pengunduran mencadangkan kemungkinan lebih tinggi bagi GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke paras bawah segi tiga. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecah keluar dari salah satu sisi tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2795, 1.3045

Tahap sokongan: 1.2640, 1.2515

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.40. Penutupan niaga di atas garisan 60-moving average (hijau) akan mencadangkan USDJPY untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran 112.15.

 

Tahap rintangan: 112.15, 113.40

Tahap sokongan: 110.60, 109.40

 


 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam lingkungan 1.1130 dan 1.1285 dan ia telah berundur dari garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini. EURUSD dicadangkan untuk menurun selanjutnya ke paras bawah lingkungan tersebut di 1.1130 pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia menutup niaganya di atas salah satu paras lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1285, 1.1400

Tahap sokongan: 1.1130, 1.1000

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia berundur dari tahap rintangan 1296.00 sambil membentuk formasi double top. Penutupan niaga di bawah garisan 60-moving average (hijau) baru-baru ini mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1246.00.

 

Tahap rintangan: 1271.00, 1296.00

Tahap sokongan: 1246.00, 1217.00

 


 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang berlegar di paras bawahnya. Petunjuk MACD yang masih berlegar di dalam momentum menurun mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 44.20.

 

Tahap rintangan: 45.50, 47.00

Tahap sokongan: 44.20, 43.00