19 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar merosot di ambang “perang perdagangan”.
Dolar AS telah melanjutkan penyusutannya semenjak pembukaan sesi dagangan bagi minggu ini selepas para pelabur mengalihkan tumpuan kepada aset “safe-haven” berlatarbelakangkan risiko “perang perdagangan” yang makin meningkat diantara Amerika Syarikat dan China. Indeks dolar menurun sebanyak 0.03% ke paras 94.35 semasa sesi dagangan Asia. Kekhuatiran para pelabur terhadap berlakunya persaingan perdagangan telah tercetus susulan dengan pengenalan tarif provokatif sebanyak 25% ke atas beberapa senarai barangan import dari China pada hari Jumaat yang lalu. Tambahan pula, Presiden AS Donald Trump menegaskan untuk mengambil langkah yang selebihnya sekiranya China mengambil keputusan untuk bertindak balas terhadap tindakan AS. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas Euro mengalami tekanan bearish berlatarbelakangkan ketidaktentuan politik di EU yang berpunca dari kerajaan gabungan Jerman. Pasangan EUR/USD mencatat kerugian sebanyak 0.02% ke $1.1623 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 1.30% ke $65.69 setong selepas laporan mencadangkan bahawa Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) sedang menimbang untuk meningkatkan pembekalan mereka lebih rendah daripada spekulasi sebelum ini. Ahli OPEC berkemungkinan untuk meningkatkan pembekalan harian di dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 sehari bagi beberapa bulan yang akan datang bagi mengatasi kekurangan pembekalan dari Venezuela dan Iran. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.06% ke $1,279.24 se troy auns sementara para pelabur menimbang isyarat yang bercampuran di dalam pasaran diantara risiko ketegangan perdagangan dan kekerapan kenaikan kadar di AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
16:00 EUR ECB President Draghi Speaks
20:30 USD FOMC Member Bullard Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits (May) | 1.364M | 1.350M | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 0.833M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3235. MACD histogram yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek dan menuju ke arah 1.3290.
Tahap rintangan: 1.3290, 1.3345
Tahap sokongan: 1.3235, 1.3185
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1550. MACD histogram yang telah membentuk isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1645.
Tahap rintangan: 1.1645, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1445
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 110.55, 111.00
Tahap sokongan: 110.00, 109.40
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 65.75
Tahap rintangan: 65.75, 67.40
Tahap sokongan: 64.10, 62.90
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah memangkas kerugiannya selepas ia mendapat sokongan di tahap 1275.80. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1285.20, 1291.10
Tahap sokongan: 1275.80, 1264.00