19 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Trump mengkritik Mario Draghi.
Dolar AS telah didagang secara berayun berbanding dengan mata wang utama lain berikutan dengan isyarat yang bercampuran di dalam pasaran. Pada hari Selasa, Presiden AS Donald Trump mengkritik Presiden ECB Mario Draghi ke atas isyarat kelonggaran dasar dan pemotongan kadar faedah yang diberikan oleh beliau. Trump menegaskan bahawa tindakan tersebut akan menurunkan daya saing dolar di dalam pasaran sementara euro menyusut. Terdahulu, Trump telah mendesak Bank Pusat AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah yang kini telah meningkat dari 0% ke 2.50% di dalam tempoh tiga tahun. Buat sementara waktu, para pelabur akan menunggu keputusan mesyuarat Fed yang bakal dilepaskan pada malam ini untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai garis panduan polisi kewangan. Dari segi ekonomi, laporan terkini memaparkan bahawa Building Permits telah meningkat hanya 1.294 juta, lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 1.296 juta. Data tersebut telah memaparkan kemerosotan bagi tempoh kebelakangkan ini dan ia berkemungkinan untuk memberi isyarat mengenai penyusutan permintaan bagi aset perumahan. Semasa penulisan, indeks dolar didagang secara rata berdekatan 97.10 apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.11% ke $54.01 setong. Pada semalam, harga minyak melonjak dari paras rendah selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa beliau akan berunding dengan Presiden China Xi Jinping semasa sidang kemuncak G-20 pada minggu hadapan. Selain itu, harga emas didagang secara tidak berubah berhampiran $1,346.55 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 EUR ECB President Draghi Speaks
02:00 (20hb) USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (May) | 2.1% | 2.0% | – |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (May) | 0.0% | – | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 2.206M | -1.077M | – |
| 02:00
(20hb) |
USD – Fed Interest Rate Decision | 2.50% | 2.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks tersebut untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 97.05.
Tahap rintangan: 97.20, 97.50
Tahap sokongan: 97.05, 96.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2515. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2425

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1210, 1.1275
Tahap sokongan: 1.1150, 1.1110

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 108.70.
Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.50, 108.20

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6880. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6880.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6900
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6830

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6485. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6555.
Tahap rintangan: 0.6555, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6485, 0.6450

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 1.3375. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3340.
Tahap rintangan: 1.3375, 1.3395
Tahap sokongan: 1.3340, 1.3315

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di atas 1.0000. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.0040.
Tahap rintangan: 1.0040, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0000, 0.9975

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 54.45. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 54.45.
Tahap rintangan: 54.45, 57.30
Tahap sokongan: 53.00, 51.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 1345.00.
Tahap rintangan: 1350.00, 1355.00
Tahap sokongan: 1345.00, 1338.00