19 Julai 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. menjunam selepas Trumponomics mungkin ditangguhkan.
Dolar A.S. menjunam ke paras terendah di dalam tempoh 11 bulan berikutan dengan kemunduran terkini mengenai usaha Republikan untuk memansuh dan menggantikan Obamacare. Indeks dolar memangkas kerugian sebanyak 0.10% ke 94.40 semasa sesi dagangan Asia. “Momentum reformasi dari pentadbiran Trump telah menerima tekanan sekali lagi,” kata pakar strategi di Morgan Stanley. “Jelas sekali bahawa beberapa data dan berita untuk tempoh kebelakangan ini telah meningkatkan pesimisme pasaran terhadap dolar A.S.” Ketidakupayaan untuk menggubal rang undang-undang penjagaan kesihatan tersebut telah membawa kepada keraguan terhadap kemampuan Trump untuk meluluskan sistem cukai Amerika bagi jangka masa yang terdekat. Faktor ini berkemungkinan untuk melambatkan usaha Trumponomics pada masa yang akan datang. Bagi pasaran yang lain, pound sterling telah susut sebanyak 0.09% ke $1.3030 berikutan dengan data inflasi yang lebih lemah daripada jangkaan. Bagi bulan Jun, Indeks Harga Pengguna (CPI) susut ke 2.6%, tersasar daripada jangkaan sebanyak 2.9%. Keputusan tersebut telah mengurangkan prospek untuk kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat England bagi tempoh yang terdekat ini.
Selain itu, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.32% ke $46.25 berikutan dengan laporan stok minyak yang lebih suram. Menurut kepada American Petroleum Institute, stok simpanan minyak telah meningkat sebanyak 1.628 juta tong pada minggu lepas, manakala sasaran ekonomis adalah untuk menurun sebanyak 3.500 juta tong. Sebaliknya, harga emas kekal stabil berhampiran paras tinggi tiga minggu pada $1,242.00 selepas keyakinan terhadap agenda Presiden Donald Trump makin berkurangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Building Permits (Jun) | 1.168M | 1.200M | – |
| 20:30 | USD – Housing Starts (MoM) (Jun) | -5.5% | 5.8% | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (May) | 1.1% | 0.8% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -7.564M | -3.214M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3050. Pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA mencadangkan GBPUSD untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan 1.3000.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3085
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2965
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi 1.1580. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) baru-baru ini mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan pembetulannya dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 1.1530.
Tahap rintangan: 1.1555, 1.1580
Tahap sokongan: 1.1530, 1.1500
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan 111.65. Namun, kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah dan ditambah pula dengan momentum menurun dari MACD yang masih meningkat, USDJPY dicadangkan untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 111.65.
Tahap rintangan: 112.30, 113.15
Tahap sokongan: 111.65, 111.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Pemecahan pada tahap rintangan 46.55 akan mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran berikut di 46.90.
Tahap rintangan: 46.55, 46.90, 47.20
Tahap sokongan: 46.10, 45.65
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan moving average. Kedua-dua garisan tersebut yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1240.20.
Tahap rintangan: 1246.75, 1253.00
Tahap sokongan: 1240.20, 1230.00