83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menjunam di tengah-tengah komen dovish Fed, emas melonjak.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menjunam ke paras rendahnya berikutan dengan komen dovish daripada Naib Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Richard Clarida pada malam semalam. Clarida telah mengkritikkan penggubal dasar untuk jangan menangguhkan pemotongan kadar yang sewajarnya sehingga ekonomi berada di dalam kesesakan. Beliau juga menegaskan bahawa tetapan dasar kewangan sepatutnya digubal berikutan dengan hala arah ekonomi serta risiko yang wujud di dalam ekonomi. Selain itu, beliau menyatakan bahawa data yang bercampuran di AS baru-baru ini dan juga data global yang makin suram telah mengisyaratkan tekanan penyusutan kadar inflasi yang selanjutnya. Komen dovish tersebut telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat dasar Julai serta menyebabkan para pelabur untuk menjual dolar dan memasuki ke dalam pasaran aset selamat. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah melantun daripada paras rendahnya pada malam semalam berikutan dengan data Retail Sales yang positif. Menurut kepada Office for National Statistics, penjualan runcit di UK bagi bulan Jun telah meningkat ke 1.0% daripada -0.6%, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak -0.3%. Lantunan yang besar pada aktiviti jualan runcit telah memulihkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi UK walaupun ekonominya masih ditekan oleh ketidakpastian Brexit. Selain itu, pound juga menerima permintaan yang lebih tinggi selepas komen dovish Fed yang menyebabkan para pelabur untuk meninggalkan pasaran dolar dan memasuki ke dalam aset yang lebih berisiko. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 96.43 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.01% ke 1.2545 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.52% ke $55.90 setong berikutan dengan laporan mengenai rampasan sebuah kapal tangki minyak oleh Iran di Teluk Parsi yang telah meningkatkan ketegangan geopolitik. Terdahulu, harga minyak telah menerima tekanan menurun berikutan dengan penyusutan ketegangan di Timur Tengah semasa Presiden AS Donald Trump mencuba untuk mencapai sepakatan dengan Iran. Pencapaian damai diantara dua negara tersebut akan membenarkan Iran untuk mengeksport semula minyaknya di dalam pasaran global dan mendorong kepada penurunan harga minyak. Selain itu, harga emas telah berundur sebanyak 0.19% ke $1443.15 se troy auns selepas ia melonjak lebih daripada $30 pada malam semalam berikutan dengan komen dovish oleh Fed yang menyebabkan para pelabur untuk memasuki ke dalam pasaran aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German PPI (MoM) (Jun) -0.1% -0.1%
20.30 CAD – Core Retail Sales (Mom) (May) 0.1% 0.3%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment 98.2 98.6
01:00 (20hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 784

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 96.30. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.70, 97.10
Tahap sokongan: 96.30, 95.80


 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2510. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 1.2595.

 

Tahap rintangan: 1.2595, 1.2655
Tahap sokongan: 1.2510, 1.2440


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1280. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1235 bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1335

Tahap sokongan: 1.1235, 1.1185

 


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia melantun daripada paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 107.60 bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 107.60, 108.15
Tahap sokongan: 107.05, 106.50

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7065. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang keemasan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan 0.7085.

 

Tahap rintangan: 0.7085, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7065, 0.7035

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan pada tahap rintangan sebelumnya di 0.6770. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6815.

 

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6720

 

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3040. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.3040, 1.3105
Tahap sokongan: 1.2970, 1.2895

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.9800. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9895, 0.9935
Tahap sokongan: 0.9800, 0.9750


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 56.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 56.00, 57.85
Tahap sokongan: 54.50, 52.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1437.95. Namun, MACD bermula untuk menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1437.95 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1457.10, 1475.50
Tahap sokongan: 1437.95, 1421.40