19 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
CAD melonjak selepas dolar AS susut.
Dolar Kanada telah menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran FX berikutan dengan kelemahan yang ketara ke atas dolar AS pada semalam. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD menurun sebanyak 0.03% ke 1.3028 semasa sesi Asia. Dolar AS menerima tekanan menurun yang ketara selepas Pengerusi Bank Pusat New York John Williams menegaskan untuk mengambil tindakan seawalnya bagi mengelak untuk menangani kadar inflasi yang lebih rendah. Walaupun ahli Fed New York menegaskan bahawa komen dari Williams adalah dari aspek akademik, isyarat yang disampaikan oleh beliau adalah sejajar dengan komen dovish dari Naib Pengerusi Fed Richard Clarida. Apabila dibandingkan dengan Bank Pusat Canada, Fed mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk memotong kadar faedah sebanyak 50 mata asas susulan dengan ucapan dovish dari ahlinya. Selain itu, dolar Kanada menerima permintaan yang lebih tinggi susulan dengan pemulihan harga minyak mentah pada awal pagi ini. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data Retail Sales dari Kanada untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.97% ke $56.16 setong. Harga minyak telah melantun dari paras rendahnya selepas Iran menahan kapal penghantaran minyak asing di perairan Persia. Tindakan tersebut telah meningkatkan ketegangan geopolitik di rantau tersebut. Sementara itu, harga emas telah berundur sebanyak 0.16% ke $1,443.97 se troy auns sementara para pelabur memantau isyarat yang lebih lanjut mengenai keputusan kadar faedah oleh Fed yang bakal diadakan pada akhir bulan ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German PPI (MoM) (Jun) | -0.1% | -0.1% | – |
| 20.30 | CAD – Core Retail Sales (Mom) (May) | 0.1% | 0.3% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment | 98.2 | 98.6 | – |
| 01:00 (20hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 784 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.50.
Tahap rintangan: 96.50, 97.10
Tahap sokongan: 96.20, 95.85

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunannya dan menuju ke arah 1.2500.
Tahap rintangan: 1.2575, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2435

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1245. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 107.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 107.75.
Tahap rintangan: 107.75, 108.20
Tahap sokongan: 107.40, 106.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 0.7055. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 0.7090.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7125
Tahap sokongan: 0.7055, 0.7030

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6780. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6780.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6660

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3040. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2990.
Tahap rintangan: 1.3040, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2990, 1.2900

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9805. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9840.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9880
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9755

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 55.90. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 56.85.
Tahap rintangan: 56.85, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.65

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1450.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan pembetulan teknikalnya dan menuju ke arah 1436.35.
Tahap rintangan: 1450.00, 1470.80
Tahap sokongan: 1436.35, 1424.05