19 September 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. melantun kembali, pound sterling menerima tekanan.
Indeks dolar telah melantun sebanyak 0.17% ke 91.81. Dolar telah menerima sokongan yang selanjutnya selepas bon persekutuan A.S. menerima permintaan yang lebih tinggi berikutan dengan sentimen yang telah disegarkan ke atas Bank Pusat A.S. yang berkemungkinan untuk meningkatkan kadar faedah pada akhir tahun nanti. Sementara itu, bank pusat juga di dalam jangkaan untuk mengumumkan pelan penyelarasan penyata imbangan mereka sebanyak $4.5 trilion. Tambahan pula, pembebasan laporan unjuran ekonomi dan dot-plot bakal ditumpu oleh kebanyakan para pelabur bagi melihat sekiranya penyusutan pada kadar inflasi akan menjejaskan pandangan kadar faedah untuk jangka masa yang lebih panjang. Di rantau yang lain, pasangan GBP/USD menjunam sebanyak 0.5% ke 1.3500 selepas Gabenor Bank Pusat England Mark Carney menegaskan bahawa sebarang kenaikan kadar bakal dilakukan secara beransuran dan terhad. Selain itu, mata wang pound sterling yang berada di dalam keadaan overbought memerlukan isyarat yang lebih agresif dari Carney untuk melanjutkan momentum menaiknya.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang stabil berhampiran $50.00 selepas ia meningkat sebanyak 0.2% berikutan dengan pembukaan semula hab penapisan di A.S. akibat daripada Taufan Harvey. Inisiatif tersebut bakal meningkatkan permintaan minyak mentah domestik untuk jangka masa yang akan datang. Bagi pasaran emas, harga logam tersebut menjunam sebanyak 1.03% ke $1,306.90 se troy auns selepas dolar A.S. dan bon persekutuan mendapat permintaan yang lebih tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 AUD RBA Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 06:00 | NZD – Westpac Consumer Sentiment (Q3) | 113.4 | – | 112.4 |
| 17:00 | EUR – German ZEQ Economic Sentiment (Sep) | 10.0 | 12.5 | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Aug) | 1.230M | 1.220M | – |
| 20:30 | USD – Housing Starts (MoM) (Aug) | 1.155M | 1.175M | – |
| 20:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jul) | -1.8% | -1.8% | – |
| 04:30 | USD – API Weekly Crude Oil Stock | 6.181M |
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3595. Penyusutan pada MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke tahap sokongan 1.3395.
Tahap rintangan: 1.3595, 1.4185
Tahap sokongan: 1.3395, 1.3215
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1985. Namun, garisan isyarat MACD yang masih susur ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan momentumnya dan menguji semula di tahap rintangan 1.1985.
Tahap rintangan: 1.1985, 1.2070
Tahap sokongan: 1.1820, 1.1715
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.60. Penunjuk MACD histogram yang susur ke bawah mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran di 110.80.
Tahap rintangan: 111.60, 112.80
Tahap sokongan: 110.80, 109.95
CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia gagal untuk memecahkan tahap sokongan 50.20. Garisan isyarat MACD yang masih susur ke atas mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan ke arah tahap rintangan di 52.00.
Tahap rintangan: 52.00, 55.00
Tahap sokongan: 50.20, 48.70
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1321.35. Penunjuk MACD histogram yang masih susur ke bawah mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya ke tahap sokongan yang berikut di 1299.05.
Tahap rintangan: 1321.35, 1334.85
Tahap sokongan: 1299.05, 1281.05