19 September 2018 Analisis Harian
Dolar jatuh di tengah tindakan balas China.
Dolar kehilangan kekuatannya sebanyak 0.05% ke 94.10 berbanding dengan enam mata wang utama pada sesi dagangan awal Asia di tengah pembalasan China semalam mengenai pengumuman Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan 10% tarif ke atas $200 bilion barangan China. Walaupun Trump di Twitter telah mengancam untuk mengenakan tarif tambahan ke atas $267 bilion barangan China jika China bertindak balas, China masih mengumumkan tarif baru ke atas $60 bilion barangan AS. Ketegangan perang perdagangan yang makin kuat telah menghilangkan keyakinan para pelabur terhadap dolar kerana bimbang akan langkah seterus Donald Trump dalam perang perdagangan. Perhatian dari pasaran global kini akan ditumpukan kepada hasil dan keadaan perang perdagangan yang menentukan pengerakan masa depan dolar. Dalam berita lain, Loonie telah meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2970 yang merupakan paras rendah terbaru sejak 30 Ogos akibat sentimen positif dari data ekonomi Manufacturing Sales dengan bacaan sebenar sebanyak 0.9% yang lebih tinggi dari data jangkaan 0.6%. Analis dari RBC menyatakan bahawa walaupun terdapatnya gangguan perdagangan antara AS dan Kanada, sektor Kanada masih dilaksanakan dengan lebih baik.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.19% ke $69.60 setong di tengah pembalasan China untuk mengenakan tarif ke atas $60 bilion barangan AS. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.45% ke $1203.50 se troy auns di tengah penyusutan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – CPI (YoY) (Aug) | 2.5% | 2.4% | – |
| 20:30 | USD – Building Permits (Aug) | 1.311M | 1.310M | – |
| 22:30 | USD – Crude Oil Inventories | -5.296M | -2.741M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3180. MACD yang memaparkan momentum bearish serta permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya memecahkan tahap sokongan 1.3145.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 1.1690. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1645.
Tahap rintangan: 1.1690, 1.1730
Tahap sokongan: 1.1645, 1.1615
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 112.20. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 112.60.
Tahap rintangan: 112.60, 113.10
Tahap sokongan: 112.20, 111.95
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 69.55. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya memecahkan tahap rintangan di 69.55.
Tahap rintangan: 69.55, 70.45
Tahap sokongan: 68.55, 67.30
GOLD

GOLD, H4: Harga emas telah didagang di dalam satu saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, isyarat yang lebih jelas diperlukan untuk pengesahan yang lebih lanjut seperti pemecahan pada tahap rintangan 1203.30 atau tahap sokongan 1196.00 sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1203.30, 1207.80
Tahap sokongan: 1196.00, 1191.10