19 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Data optimis memacu lonjakkan dolar.
Dolar AS meneruskan kenaikannya pada hari Khamis berlatarkan data ekonomi AS yang kukuh dan ia telah mengukuhkan sentimen para pelabur terhadap kenaikan kadar secara beransur-ansuran dari Bank Pusat AS (Fed). Menurut kepada Philadelphia Fed, mereka melaporkan bahawa indeks sektor pembuatan bagi rantau tersebut hanya mengalami penurunan ke paras 22.2 bagi bulan Oktober, lebih baik daripada jangkaan apabila dibandingkan dengan bacaan 19.7. Pada masa yang sama, US Department of Labour telah mendapati bahawa tuntutan pengangguran bagi minggu lepas telah susut sebanyak 5,000 individual ke paras 210,000, lebih baik daripada jangkaan iaitu 211,000. Kedua-dua laporan ekonomi yang bullish ini telah meningkatkan sentimen para pelabur terhadap perkembangan ekonomi yang pesat serta mengesahkan panggilan hawkish Fed untuk meningkatkan kadar secara beransuran dan melebihi paras neutral bagi jangka panjang. Sebaliknya, mata wang safe-haven Yen Jepun telah menerima permintaan tinggi berikutan dengan penjualan yang ketara pada Wall Street yang mendorong kepada penghindaran risiko di dalam pasaran kewangan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.43% ke 95.67 sementara pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.02% ke 112.16.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.25% ke $68.84 setong. Baru-baru ini, harganya menerima tekanan menurun yang ketara berikutan dengan isyarat yang bercampuran dari krisis Arab Saudi yang menyelubungi kehilangan wartawan serta peningkatan stok minyak di AS bagi minggu lepas. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,226.06 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko yang tinggi di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.1% | – | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) | 0.9% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Existing Home Sales (Sep) | 5.34M | 5.30M | – |
| 01:00 (20hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 869 | – | – |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 95.75, 96.00
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan tipis sementara kini sedang menguji berhampiran tahap rintangan 1.3030. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3030, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2990, 1.2920

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang secara tipis sementara kini menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1460. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1460.
Tahap rintangan: 1.1460, 1.1495
Tahap sokongan: 1.1420, 1.1370

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang bakal membentuk silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 112.70, 113.05
Tahap sokongan: 112.15, 111.90

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7090. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7150
Tahap sokongan: 0.7090, 0.7045

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Petunjuk Stochastis Ocillator yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah paras atas saluran.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3175
Tahap sokongan: 1.3050, 1.3010

USDCHF, H4: USDCHF telah melanjutkan keuntungannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 0.9945. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0055
Tahap sokongan: 0.9945, 0.9860

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 69.30, 70.65
Tahap sokongan: 67.35, 66.10

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.00
Tahap sokongan: 1218.00, 1210.60