19 November 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS susulan dengan risiko perang perdagangan.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam selepas ketidaktentuan perdagangan makin meningkat di dalam pasaran. Menurut kepada laporan terkini dari CNBC, pegawai China memberikan sentimen pesimistik terhadap pencapaian perjanjian perdagangan diantara AS dan China. Pandangan yang suram tersebut adalah berpunca dari ketidakinginan Presiden AS Donald Trump untuk membatalkan tarif sementara China menginginkan kedua-dua negara untuk memansuhkan tarif diantara satu sama lain. Trump memberi isyarat bahawa beliau tidak memberi persetujuan untuk membatalkan tarif sebelum ini dan ia telah meningkatkan ketidaktentuan di dalam pasaran sementara kedua-dua negara enggan memberikan butiran lebihan mengenai rundingan tersebut. Sementara itu, pound sterling telah didagang dengan lebih tinggi selepas laporan menunjukan bahawa kesemua calon Parti Konservatif akan memberi sokongan kepada perjanjian Brexit oleh PM UK Boris Johnson. Ini telah mengurangkan risiko di UK sebelum tarikh akhir Brexit pada Januari 2020. Selain itu, kaji selidik menunjukan bahawa Parti Konservatif mempunyai kemungkinan kemenangan yang lebih tinggi untuk pilihanraya kali ini. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.19% ke 97.63 sementara GBP/USD didagang secara rata berhampiran 1.2952.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara rata berdekatan $56.86 setong sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,471.74 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Building Permits (Oct) | 1.391M | 1.385M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 97.60. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.80, 98.10
Tahap sokongan: 97.60, 97.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2970. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2970, 1.3035
Tahap sokongan: 1.2880, 1.2820

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.1085. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1085, 1.1145
Tahap sokongan: 1.1040, 1.1010

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di paras bawahnya.
Tahap rintangan: 109.35, 110.55
Tahap sokongan: 108.50, 107.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6820. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6875
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6725

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6410. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6410, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6340

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3200. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3125

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9870

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 56.95.
Tahap rintangan: 56.95, 57.40
Tahap sokongan: 56.25, 55.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1472.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1472.00, 1483.60
Tahap sokongan: 1457.00, 1442.90