19 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar tertekan akibat jangkaan pandangan dovish.
Indeks dolar telah melemah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama berikutan dengan jangkaan bahawa Bank Pusat AS (Fed) bakal menyampaikan kenyataan yang dovish semasa mesyuaratnya. Menurut kepada laporan, Fed dijangkakan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada hari Rabu. Namun, oleh kerana peningkatan ketegangan dalam perang perdagangan antara AS dan China dan juga penyusutan pertumbuhan global, para pelabur berjangka bahawa Fed berkemungkinan besar untuk membawa nada dovish mengenai dasar kewangan dan juga menghentikan pelan untuk meningkatkan kadar pada masa depan. Di samping itu, Presiden AS juga mengkritik keputusan Fed untuk meningkatkan lagi kadar faedah tanpa mengambil kira keadaan ekonomi semasa. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.25% ke 96.30 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah menaik sebanyak 0.22% ke 0.7190 semasa penulisan akibat sentimen positif terhadap komoditi yang memberi dorongan kepada peningkatan dolar Australia. Aussie telah menerima sokongan daripada pengukuhan harga komoditi seperti emas akibat ketegangan perang perdagangan. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada kenyataan kewangan Fed yang dijangka untuk membawa nada dovish dan juga impak kepada dolar Australia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.85% ke $46.95 setong selepas penurunan yang dahsyat akibat penambahan kebimbangan terhadap kelebihan bekalan minyak. Berdasarkan kepada kenyataan American Petroluem Institute (API) pada hari Selesa, stok minyak mentah AS telah melebihi jangkaannya. Pihak kerajaan AS juga menyatakan bahawa pembuatan syal dijangka untuk meningkat melebihi 8 juta tong sehari buat kali pertama menjelang bulan akhir Disember. Maka, hal ini telah memburukan sentimen terhadap pasaran minyak dan mendorong kepada penjualan minyak secara mendadak. Di samping itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.11% ke $1250.60 di tengah-tengah kelemahan dolar akibat jangkaan kenyataan Fed yang bernada dovish.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:00 (20hb) USD FOMC Economic Projections
03:00 USD FOMC Statement
03:30 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German PPI (MoM) (Nov) | 0.3% | -0.1% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Nov) | 2.4% | 2.3% | – |
| 21:30 | CAD – Core CPI (MoM) (Nov) | 0.4% | – | – |
| 23:00 | USD – Existing Home Sales (Nov) | 5.22M | 5.20M | – |
| 23:30 | CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories | -1.208M | -2.437M | – |
| 03:00
(20hb) |
USD – Fed Interest Rate Decision | 2.25% | 2.50% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 96.25. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 96.85.
Tahap rintangan: 96.85, 97.45
Tahap sokongan: 96.25, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.2675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2675, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2610, 1.2550

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1355. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari tahap rintangan di 1.1395.
Tahap rintangan: 1.1395, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1355, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 112.25. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 112.70.
Tahap rintangan: 112.70, 113.20
Tahap sokongan: 112.25, 111.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7160. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan di 0.7220.
Tahap rintangan: 0.7220, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7160, 0.7095

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6835. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 0.6835.
Tahap rintangan: 0.6880, 0.6920
Tahap sokongan: 0.6835, 0.6805

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3500. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3440.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3565
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3395

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9905. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.9955.
Tahap rintangan: 0.9955, 1.0000
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 46.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun dari tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 48.45, 50.25
Tahap sokongan: 46.15, 44.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1249.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan serta formasi ‘bearish divergence’ mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal kembali ke arah tahap rintangan di 1249.50.
Tahap rintangan: 1258.00, 1265.00
Tahap sokongan: 1249.50, 1241.80