83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Februari 2019                                Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar susut sebelum pembebasan minit Fed.

Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Rabu susulan dengan penyusutan kadar bon persekutuan AS sebelum pembebasan minit mesyuarat dari Bank Pusat AS (Fed). Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.04% ke paras 96.29. Kadar bon persekutuan telah menerima tekanan pesimistik selepas para pelabur menghargai kemungkinan Fed untuk menyampaikan isyarat dovish di dalam minit tersebut. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas para pelabur memberikan pandangan optimistik bahawa rundingan perdagangan diantara AS dan China akan mendorong kepada penyelesaian konflik mereka. Sementara itu, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.20% ke 110.83 semasa pertengahan sesi Asia. Yen Jepun menerima tekanan menurun selepas Gabenor Bank Pusat Jepun Haruhiko Kuroda mengulas bahawa mereka bakal meningkatkan rangsangan kewangan sekiranya nilai Yen yang tinggi memberi kesan negatif ke atas ekonomi mereka. Kelonggaran yang berlebihan dari segi dasar kewangan akan meningkatkan pembekalan Yen Jepun di dalam pasaran dan ia akan menurunkan nilai pertukaran mata wangnya.

 

Dari segi komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.29% ke $56.75 setong. Harga minyak mentah masih berada di dalam aliran bullish berikutan dengan optimisme yang menyelubungi rundingan perdagangan diantara AS-China serta sekatan ke atas Venezuela. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.17% ke paras tinggi 10 bulan di $1,343.88 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

03:00 (21hb)        USD                         FOMC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German PPI (MoM) (Jan) -0.4% -0.2%
05:30 (21hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -0.998M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran sisi di 96.45. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 96.00.

 

Tahap rintangan: 96.45, 97.00

Tahap sokongan: 96.00, 95.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3085. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2975.

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3155

Tahap sokongan: 1.2975, 1.2895

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1340. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1390.

 

Tahap rintangan: 1.1390, 1.1435

Tahap sokongan: 1.1340, 1.1300

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 110.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish dan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 111.05.

 

Tahap rintangan: 111.05, 111.35

Tahap sokongan: 110.60, 110.30

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7155. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.7155.

 

Tahap rintangan: 0.7200, 0.7290

Tahap sokongan: 0.7155, 0.7060

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6885. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6850.

 

Tahap rintangan: 0.6885, 0.6905

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6820

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3195. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3225

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3090

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran sisi di 1.0025. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9990.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0090

Tahap sokongan: 0.9990, 0.9945

 

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 56.55. Namun, MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan didagang dengan lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 56.55, 57.75

Tahap sokongan: 55.50, 54.30

 

 

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1341.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1341.80.

 

Tahap rintangan: 1347.50, 1355.40

Tahap sokongan: 1341.80, 1334.85