20 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar tertekan menjelang Minit Mesyuarat FOMC.
Dolar AS yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.08% ke 95.88 sementara ditekan oleh jangkaan pelabur terhadap minit mesyuarat FOMC yang bakal memberi isyarat yang lebih dovish pada lewat hari ini. Kenyataan terkini daripada Fed termasuk sikap kesabaran mereka terhadap peningkatan kadar faedah susulan dengan keadaan ekonomi lemah yang ditunjukkan dalam data AS pada minggu lepas. Walaupun kadar faedah dijangka untuk berkekal sama, para pelabur kini menunggu pengesahan yang lebih lanjut mengenai plot titik Fed yang menunjukkan peningkatan kadar sebanyak 2 kali bagi tahun ini. Namun, penyusutan dalam ekonomi telah mengurangkan jangkaan ekonomis terhadap titik plot untuk meningkatkan kadar sebanyak sekali sahaja bagi tahun ini sementara pasaran menunggu isyarat yang lebih jelas daripada prospek ekonomi Fed. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah menyusut sebanyak 0.04% semasa penulisan walaupun dengan data German ZEW Economic Sentiment yang melebihi jangkaannya. Kelihatan ekonomi terhadap Zon Eropah berkekal dovish sementara pihak EU bergelut dengan isu Brexit. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada pembebasan data German PPI untuk memantau sentimen pasaran euro dengan lebih lanjut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.34% ke $59.05 setong di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemajuan perbincangan perdagangan terkini. Menurut kepada laporan, Beijing kini berkemungkinan untuk menolak perbincangan dengan AS akibat dengan penyusutan kepercayaan terhadap tindakan AS untuk mengecualikan tarif ke atas barangan China. Para pelabur kini bimbang bahawa kebuntuan dalam perbincangan perdagangan akan menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah bagi masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.17% e $1304.10 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 (21hb) USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German PPI (MoM) (Feb) | 0.4% | 0.2% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Feb) | 1.8% | 1.8% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.862M | 0.309M | – |
| 02:00 (21hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 2.50% | 2.50% | – |
| 05:45 | NZD – GDP (QoQ) (Q4) | 0.3% | 0.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.65. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 96.25.
Tahap rintangan: 96.25, 96.80
Tahap sokongan: 95.65, 95.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan rata sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3250. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3475
Tahap sokongan: 1.3250, 1.3180

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan d 1.1355. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1295.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1295, 1.1260

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 111.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 111.75.
Tahap rintangan: 111.75, 112.10
Tahap sokongan: 111.10, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.7085. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7050.
Tahap rintangan: 0.7085, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7050, 0.7005

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6875. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6815.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6815, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3295. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3350.
Tahap rintangan: 1.3350, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.0000. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025
Tahap sokongan: 0.9965, 0.9915

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 59.35. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 57.50.
Tahap rintangan: 59.35, 61.25
Tahap sokongan: 57.50, 55.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1308.10. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1299.15.
Tahap rintangan: 1308.10, 1315.80
Tahap sokongan: 1299.15, 1289.35