20 Mac 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar AS melantun selepas rundingan AS-China terkandas.
Dolar AS telah melanjutkan pemulihannya berbanding dengan mata wang utama yang lain sementara para pelabur memasuki pasaran dolar selepas ketegangan rundingan AS-China terkandas. Namun, sebarang pemulihan pada dolar adalah masih terhad selepas Bank Pusat AS (Fed) dijangka untuk menyampaikan keputusan kadar faedah mereka pada malam nanti. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.10% ke 95.87 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Menurut kepada laporan, AS bimbang akan China yang berkemungkinan untuk menolak permintaan mereka walaupun Presiden AS Donald Trump memberikan pandangan optimis untuk mencapai konsensus. Pegawai China menyatakan bahawa mereka telah bersetuju dengan beberapa perubahan yang berhubung dengan dasar hak intelek. Namun, mereka masih belum menerima sebarang jaminan daripada pentadbiran Trump untuk memansuhkan tarif ke atas barangan import China. Selain itu, Beijing juga telah melangkah diri dari janji-janji terdahulu mengenai perlindungan data farmaseutikal serta tidak menawarkan maklumat mengenai rancangan untuk memperbaiki hubungan paten. Oleh itu, para pelabur akan meletakkan fokus mereka ke atas rundingan ini sementara Wakil Perdagangan Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnunchin dijangka untuk berkunjung ke China pada minggu hadapan untuk satu lagi rundingan perdagangan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD menurun sebanyak 0.20% ke paras 0.7073. Dolar Australia menerima tekanan penjualan yang ketara selepas Bank Pusat China berkemungkinan untuk mengurangkan jumlah tunai yang perlu dipegang oleh bank komersial bagi mengatasi kelembapan pertumbuhan ekonomi di China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.27% ke $58.84 setong. Harga minyak menerima tekanan menurun selepas rundingan AS-China berdepan dengan kebuntuan dan kegagalan untuk menyelesaikannya akan mendorong kepada risiko kelembapan ekonomi. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.13% ke $1,304.83 se troy auns selepas dolar AS memulih dari paras rendahnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
02:00 (21hb) USD FOMC Economic Projections
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD FOMC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German PPI (MoM) (Feb) | 0.4% | 0.2% | – |
| 17:30 | GBP – CPI (YoY) (Feb) | 1.8% | 1.8% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.862M | 0.309M | – |
| 02:00 (21hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 2.50% | 2.50% | – |
| 05:45 | NZD – GDP (QoQ) (Q4) | 0.3% | 0.6% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 95.70. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.10.
Tahap rintangan: 96.10, 96.40
Tahap sokongan: 95.70, 95.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.3295, 1.3400
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3145

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1355. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dan menuju ke arah 1.1335.
Tahap rintangan: 1.1355, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1335, 1.1315

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 111.40. MACD yang memaparkan isyarat bullish serta pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 112.00.
Tahap rintangan: 112.00, 112.35
Tahap sokongan: 111.40, 111.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.7070. MACD yang memaparkan isyarat bearish serta silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.7070.
Tahap rintangan: 0.7120, 0.7145
Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6840. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6805.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6900
Tahap sokongan: 0.6840, 0.6805

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3345.
Tahap rintangan: 1.3345, 1.3405
Tahap sokongan: 1.3290, 1.3235

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9985. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun serta isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 1.0020.
Tahap rintangan: 1.0020, 1.0045
Tahap sokongan: 0.9985, 0.9960

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 59.70. MACD yang memaparkan isyarat bearish serta pembentukan silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan pembetulan teknikal dan menuju ke arah 57.65.
Tahap rintangan: 59.70, 61.25
Tahap sokongan: 57.65, 55.85

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1310.35. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1298.90.
Tahap rintangan: 1310.35, 1321.10
Tahap sokongan: 1298.90, 1292.05